Ulun Tokou Times | Berita Sabah
Tawau: Polis sedang menyiasat dakwaan laporan video penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) terlepas daripada pemeriksaan pasukan keselamatan selepas wang suapan diberikan untuk meneruskan perjalanan ke Tawau.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pihaknya sudah menerima laporan mengenai video berkenaan dan sudah melihatnya sebelum mendapati ia adalah laporan daripada media asing.
"Pihak saya akan menyiasat kesahihan video itu dan sekiranya ia membabitkan penguatkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tawau sama ada Pasukan Gerakan Am atau Pasukan Polis Marin (PPM), kita akan terus jalankan siasatan."Sekiranya ada anggota polis yang dikesan, tindakan akan diambil terhadap salah laku itu. Bagaimanapun, kita mengucapkan terima kasih kerana perkongsian video itu dan buat masa sekarang, kita masih dalam proses siasatan termasuk semua intipati dalam paparan video itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, video berdurasi kira-kira 10 minit itu mendakwa memaparkan perjalanan sekumpulan PATI dipercayai dari Indonesia melintas perairan negara untuk masuk ke Tawau dan berjaya lolos walaupun terdapat pemeriksaan pasukan penguatkuasaan di laut.
Menurut laporan video berkenaan, wang suapan didakwa disediakan kepada pasukan keselamatan bagi memudahkan bot membawa penumpang PATI terlepas dari pemeriksaan.
Sumber:
www.beritasabah.online/2016/09/siasat-dakwaan-video-pati-terlepas.html?m=1
No comments:
Post a Comment