Pengenalan
Kehidupan hari ini semakin mudah. Segala macam urusan boleh dibuat dihujung jari saja. Urusan perbankan, beli tiket kapal terbang, booking hotel, bayar bil elektrik dan jual beli bermacam produk pun banyak secara online.
Bahkan untuk dapatkan berita-berita semasa pun tak perlu lagi beli suratkhabar, buka saja secara online. Semua media online ada, samaada isu semasa dalam mahupun luar negara. Kadang-kadang tak perlu lagi cari media online, sebab isu-isu itu sudah di viralkan di alam maya melalui media-media Facebook, Twitter dan WhatsApp.
Statistik terbaru (2016) menunjukkan Facebook mempunyai 1.7 Billion pengguna, WhatsApp mempunyai 1 Billion pengguna, Messenger mempunyai 1 Billion pengguna dan Instagram mempunyai seramai 500 billion pengguna. Bayangkan lah bagaimana ramainya pengguna alam maya yang ada hari ini.
Letusan Digital
1. Mungkin lama-kelamaan surat akhbar harian yang sebelum ini dijual di kedai-kedai sudah tiada lagi di masa hadapan dan beralih arah secara online. Kini akhbar-akhbar online mula menguasai alam maya, Astro Awani Online, Bernama Online, Malaysiakini, Harakahdaily, Sinar Online dan banyak lagi.
2. Kalau dulu, nak beli tiket kapal terbang kena pergi ke lapangan terbang atau kalau tidak perlu pergi ke agensi penerbangan swasta. Namun semua itu sekarang boleh dibeli secara atas talian sahaja. Yang penting ada talian internet.
3. Dulu, urusan perbankan memerlukan kita mesti mempunyai buku akaun dan terpaksa berbaris atau menunggu nombor dipanggil untuk membuat urusan bayaran mahupun simpanan. Sebagai contohnya, perkhidmatan Maybank2U. Sekarang urusan perbankan juga teramat mudah secara online untuk segala urusan bayaran. Manakala urusan simpanan pula boleh dibuat menerusi mesin deposit atm. Maka tidak menghairankan jika di masa hadapan, bila kita pergi bank, ada beberapa orang sahaja kakitangan di kaunternya.
4. Paling ketara adalah pertumbuhan perniagaan kecil-kecilan tumbuh bak cendawan tanpa perlu menyewa tapak kedai kerana ianya di jalankan secara online. Produk pula tiada had, apa saja jenis produk jualan dan perkhidmatan ada ditawarkan. Bahkan ramai yang mendapat pendapatan yang lumayan hasil perniagaan secara online ini. Orang jual jeruk mangga dan nasi lemak pun ada secara online, siap ada penghantaran cod lg.
-Trend jualan atas talian (online) bukanlah fenomena baharu di Malaysia. Dianggarkan hampir 40 peratus lelaki dan perempuan membeli barangan menggunakan telefon pintar, komputer tablet, komputer riba dan desktop. (Sinar Harian, 2015).
5. Perniagaan secara online juga semakin berkembang dengan pesatnya. Siapa yang tidak kenal dengan nama Amazon, Google Adsense, Mudah.my, Lazada dan Zalora Online.
-Teknologi maklumat (ICT) khususnya transaksi online dijangka menjadi budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia ke arah digital menjelang 2020 hingga 2025.
-Fellow Akademik Kanan Kulliyah Teknologi Komunikasi dan Maklumat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA, Abdul Rahman Ahmad Dahlan berkata, pada masa akan datang orang ramai akan menggunakan online sebagai medium melakukan apa jua transaksi. (www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/fenomena-suka-shopping-online-1.350314).
6. Siapa pernah terfikir, yang menulis blog juga boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Ramai blogger bertaraf jutawan dan menjadi selebrati terkenal. Itu semua adalah berasaskan kemajuan teknologi atas talian.
- Ada juga blogger yang tidak lagi perlu bekerja, kerana laman blognya mampu menjana beribu-beribu ringgit seminggu. Tidak kurang juga yang kini sudah pun bergelar selebriti terkenal seperti Hanis Zalikha, Paul Tan dan ramai lagi. (m.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/lima-cara-jana-pendapatan-tambahan-menerusi-blog-1.1304557).
7. Sehingga akhirnya kini, letusan digital ini merebak pula ke industri penerbitan buku, apabila ada syarikat penerbitan buku mula beralih arah secara online terutamanya buku rujukan dan latih murid sekolah. Sebagai contohnya penerbit Susbadi kini mengeluarkan produk secara online untuk capaian ibubapa, guru dan murid-murid. Maklumat lanjut boleh lah ke www.mindtechedu.com.
8. Begitu juga perkhidmatan pengangkutan awam kini mula mendapat saingan dari pesaing perkhidmatan secara online dengan adanya perkhidmatan Uber dan Grab melalui rangkaian seluruh dunia.
-Disebabkan permintaan Uber cukup memberangsang, maka SPAD turut menyediakan e-hailing.
-Hujung punat telefon pintar, pengguna e-hailing hanya perlu mengetik destinasi dan kadar harga tetap akan dipaparkan. Spad akan membenarkan kadar tambang dinamik bagi teksi bermeter yang menggunakan e-hailing. “Kita lihat permintaan terhadap perkhidmatan Uber dan Grab cukup memberangsangkan,” kata Syed Hamid. “Seiring dengan teknologi, kita tidak mahu industri teksi ketinggalan. (www.medialantang.com/?p=33474P).
Penutup
Dunia sudah semakin berubah. Cara hidup kita juga semakin mendesak untuk sentiasa berubah. Dulu-dulu berita semasa di kampung, tidak lah terperinci seperti sekarang. Sekarang siap dengan gambar dan video lagi berita-berita tersebut melalui aplikasi WhatsApp. Tiada lagi kad ucapan Selamat Hari Raya di kirimkan bila hari raya. Namun terpulang lah kepada kebijaksanaan kita menggunakan letusan digital ini. Ada kalanya sesuatu cerita itu sengaja di sensasikan dengan pelbagai matlamat masing-masing terutamanya untuk tujuan propaganda politik.
Ulun Tokou Times
No comments:
Post a Comment