Monday, 19 September 2016

Proton Persona Terima 8,000 Tempahan

Ulun Tokou Times | Malaysia

Wow, hebat Proton Persona. Baru dilancarkan sudah terima 8000 tempahan. Dari segi design memang sy tertarik sangat. Nampaknya persaingan hebat antara Perodua Bezza ni. Bezza pun sy suka juga. Oklah jom baca artikel dari paultan.org ini;

_______________________________________

Susulan kepada laporan tempahan Proton Persona sebelum ini, Proton memaklumkan bahawa syarikat berkenaan sudah menerima 8,000 unit tempahan bagi model berkenaan setakat hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali turut menyatakan 2,000 unit model berkenaan sudah didaftarkan. Daripada jumlah berkenaan, 1,500 unit diserahkan kepada pemilik, manakala 500 unit lagi didaftarkan untuk kegunaan Proton sendiri.

Daripada jumlah keseluruhan tempahan setakat ini, 45% pemilik memilih varian Premium berbanding pilihan lain yang ditawarkan. “Kami menjangkakan varian Standard yang akan menjadi pilihan utama bagi Persona. Namun, berdasarkan data jualan semasa, khalayak sebaliknya lebih cenderung memilih varian Premium,” ulas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed. 5% daripada jumlah yang memilih varian Premium ini pula terdiri daripada mereka yang membeli versi SE, dengan tambahan bodykit bernilai RM1,000.

Sementara itu, turut melangkaui jangkaan awal Proton ialah 35% daripada jumlah pembeli memilih warna terbaharu yang diperkenalkan khusus bagi Persona, Carnelian Brownsebagai warna pilihan. Bagi penawaran transmisi manual pula, ia hanya merangkumi 10% daripada jumlah serahan yang dilakukan.

Proton bakal melancarkan model terbaharu ketiga tahun ini, Proton Saga 2016, hujung bulan ini.

Proton Persona 2016 1.6 Premium CVT













Sumber:paultan.org/2016/09/19/proton-persona-kini-sudah-terima-8000-tempahan-2000-unit-diserahkan

No comments:

Post a Comment