Thursday, 8 September 2016

Penat, memang penat tapi.

Penat memang penat. Tapi alhamdulillah. Ini lah kehidupan aku sehari-hari. Cari rezeki. Pendapatan tidak tetap dan tidak tentu. 

1. Kadang-kadang cemburu juga tengok kawan-kawan lain yg sudah ada kerjaya. Sampai kadang-kadang klu terjumpa aku pula yg segan. Ya lah durang dah kerja, pakaian pun smart, aku mcm ni juga. 

2. Ada yg tidak masuk u pun, setakat pakai SPM dan STPM saja pun, tapi alhamdulillah ada juga rezeki kerja kerajaan. Tapi takpa, rezeki masing-masing. Rezeki durang kan. Aku ni belajar tinggi-tinggi sampai masuk u pun, masih juga macam ni. Mudah-mudahan aku ada rezeki juga nanti. Aamiin. 

3. Aku ni, rezeki kerja pun belum ada, rezeki anak pun sama, belum ada lagi. Mungkin rezeki ku lambat. Itu semua pasti ada hikmahnya. Aku tetap sentiasa berusaha. Setakat ni, aku belum lg mengalah. Aku tetap percaya, InsyaAllah rezekiku pasti ada. 

4. Disebabkan aku byk masa terluang, sebab itu lah aku aktif di alam maya media sosial ni terutamanya Facebook. Jadi sekarang ni, aku rasa akan mula aktif dalam penulisan blog ni. InsyaAllah tahun depan aku ingin ada laman web sendiri. So buat masa ni, aku ingin popular dulu blog ini.  

5. Aku minat menulis ni, InsyaAllah bila ada laman web sendiri nnt, aku akan mula aktif dalam penulisan-penulisan yg agak formal. Selain berkongsi kisah kehidupan seharian aku. 

6. Hidup ini struggle bagi aku. Mmg mencabar. Sebagai orang yg ada Ijazah tapi masih menganggur, itu mmg cabaran yg cukup berat sebenarnya. Berhadapan dgn bermacam-macam cabaran itu kadang-kadang menduga erti kesabaran juga. 

7.Interview dah bermacam2 interview sudah pergi, KPLI, GSTT dan SPA8 pun semacam rutin biasa saja buat aku. Bila pergi peperiksaan atau interview tu, harapan tetap sama, mudah-mudahan ada rezeki. 

8. Sebab tu lah, aku malas memilih kerja, bawa kereta sapu pun, kerja juga namanya. Yg penting halal. Klu ikut betul-betul, kalau mau cari kerja-kerja macam kerani lah, boleh dapat juga rasanya. Terutamanya di sektor swasta. Tp yg aku fikir adalah mcm sama jk pendapatannya dgn kerja aku sekarang ni. Ya lah, kena fikir juga ansuran bulanan kereta, belanja minyak, makan dan minum. Rasanya kalau gaji RM1 k tetap cukup-cukup saja tu. 

9. Itu lah aku bawa kereta sapu lah dulu sementara belum ada rezeki ni. Ini pun sedar tak sedar sudah 3 tahun lebih juga kerja mcm ni. 

10. Akhirnya klu disindir-sindir tu perkara biasa sudah. Sehingga ada yg cakap gagal masa di U pun ada. Hahaha. Ada satu penulisan status di fb aku, siap kena sindir lg sekadar merujuk google saja. Hahaha. Aku simpan saja lah. Takda lah niat nak berdendam, semoga itu semua jadi pedomen berguna buat hidupku di masa hadapan untuk tidak meninggi diri nanti klu aku sudah berjaya. 

11. Aku pernah sambung master juga, tapi disebabkan masalah kewangan, terpaksa lah berhenti saja. InsyaAllah, bila ada rezeki, aku pasti teruskannya nanti lg.  

12. Gambar-gambar dibawah ni, adalah tentang di mana tempat aku bekerja dan kawan-kawan kerja aku. Tribute untuk semua kawan-kawan aku yg sama2 kerja bawa kereta sapu. Mudah-mudahan di masa akan datang, ada juga kenangan kita kan.    

p/s: Sebenarnya takda lah perkongsian yg best juga dalam hidup seharian aku ni, cuma semoga perkongsian2 ini menjadi motivasi buat sahabat2ku. Menjadi inspirasi kepada sahabat2 graduan yg masih menganggur diluar sana, supaya jangan putus asa, teruskan usaha anda. Hidup mesti diteruskan.  

Assalamulaikum. 

Ulun Tokou Times

Awal pagi hantar wife ke sekolah tempat dia mengajar. Tengahari sekitar 1.40-2.30 ambil lg dia balik dari sekolah.

SK Mandahan, Papar.

Setiap hari Isnin dan Khamis, sini aku parking tunggu penumpang. Simpang ke Pusat Tahanan Semantara Papar atau kami panggil rumah merah di Jalan Bt 30 Kimanis. 

Sini lah Pusat Tahanan Sementara Papar. 

Antara kawan-kawan ging Simpang Rumah Merah, Tangah Lias dan Tangah Saman. 

Yang ni ging rumah merah juga, si kinun. Hihihi. Peace yew.

Yang ni, abg Roslan. Ging Rumah Merah juga. Hari biasa dia bawa budak sekolah


Ini pula Ismail..Hahaha. ging rumah merah dan Papar. 

Yang ni Nizam dan Awang. Durang ni ging Papar. Awang kadang2 saja masuk rumah merah. 

Dia ni ging di Papar. Wak Ngariman. 


Yang ni, orang paling lama, kami panggil Otai tapi sekarang sudah kerja di kk. Rindu juga dengan telatah lucu dia. Penghibur kami. 

Klu di Papar, sini lah tempat kami parking. Bersebalahan dengan parking Teksi.  

Klu nak lepak minum dan makan, di Papar. Sini lah tempat paling murah. Sini lah tempat kami selalu lepak. 

Yang ni aku lah. Klu takda buat apa, aku layan talipon saja lah. Buat blog, tgk Facebook dan baca WhatsApp.

Ini aku juga. Hihihi. Nama seperti yang tertulis di baju tu. Shamrin Mat Janih. Baju kuning ni adalah baju koprat Kelab Ulun Tokou Sabah.  

No comments:

Post a Comment