Thursday, 8 September 2016

Laporan Kemunculan Pocong Adalah Palsu-Ketua Polis Daerah Jeli

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintenden Mohd Yusoff Jaafar menafikan menerima laporan berhubung kejadian kemunculan objek berkain Kafan yang dipercayai hantu pocong.

Katanya, sehingga kini masih belum ada individu tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Tegasnya lagi, laporan yang dipaparkan juga hampir sama dengan laporan polis hanya untuk meyakinkan masyarakat mengenai kejadian berkenaan.

Laporan itu juga turut  mengaitkan seorang pegawai perikanan daerah Jeli dan semua maklumat pegawai berkenaan adalah palsu.

Kejadian itu tersebar selepas gambar objek berkain kafan dan satu laporan menyerupai laporan polis viral di laman sosial beberapa hari lalu.

Kredit:Buliten TV3 Fb
Ulun Tokou Times

No comments:

Post a Comment