Friday, 16 September 2016

Perutusan takziah Presiden PAS


Firman Allah SWT:

وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تَمُوتَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ كِتَابًا مُؤَجَّلًا ۗ وَمَنْ يُرِدْثَوَابَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الْآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا ۚوَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ

"Setiap yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala (dunia) itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala (akhirat) itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali ‘Imran: 145)

Seluruh negara hari ini dikejutkan dengan berita pemergian seorang Tokoh Murabbi Ummah, Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din. Pemergian beliau menjadi satu kehilangan besar buat ummah dan perjuangan Islam PAS. 

Seluruh mengenalinya pasti menjadi saksi bahawa Almarhum di sepanjang hayat telah menzahirkan istiqamahnya dalam usaha dan perjuangan agar tertegak Islam yang syumul khususnya syariah di bumi Malaysia tercinta ini. 

Sumbangan dan komitmen tinggi telah diteladani Almarhum menjadikan beliau bintang bergemerlapan dalam kalangan kita dan tentunya seorang Tokoh Ummah yang sukar dicari ganti.   

Saya mewakili seluruh ahli dan pimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Tuan Guru Datuk Dr Haron Din di atas pemergian Almarhum pagi tadi. 

Semoga Allah SWT menempatkan roh Almarhum bersama para Nabi, Siddiq, Syuhada dan Solihin.

“Inilah Penyelesaian Kita”

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
14 Zulhijjah 1437 / 16 September 2016 -HARAKAHDAILY 16/9/2016

m.harakahdaily.net/index.php/headline/42505-perutusan-takziah-presiden-pas

No comments:

Post a Comment