Saturday, 10 September 2016

Amaran angin kencang, laut bergelora.

KUALA LUMPUR: Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang melanda perairan Labuan dan Sabah iaitu Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan dijangka berterusan sehingga Rabu depan. 

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini berkata keadaan sama di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga Rabu.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Sumber: https://www.sayangsabah.com/amaran-angin-kencang-laut-bergelora-2/

Ulun Tokou Sabah

No comments:

Post a Comment