Friday, 30 September 2016

Motivasi Itu Datang Dari Diri Sendiri

Ulun Tokou Times | Motivasi Kehidupanku

Assalamualaikum Semua Sahabat-Sahabatku. Salam Maal Hijrah 1438H. Hijrah itu satu perjuangan. 

Motivasi itu datang dari diri sendiri. Untuk orang-orang seperti saya ini tanpa motivasi yang kuat, pasti sudah lama tertewas.

Kenapa sudah lama tertewas tanpa motivasi yang kuat;
1. Mesti sentiasa positifkan diri bahawa rezeki pasti ada dimana-mana selagi kita berusaha. InsyaAllah. Berusaha itu wajib dan satu keperluan. Kalau tak berusaha, sampai bila pun kejayaan takkan datang bergolek. 

2. Mesti berjiwa kental kerana kita akan sentiasa dikritik selagi tidak berjaya. Sedangkan orang berjaya pun sentiasa dikritik, apa lagi kalau tidak berjaya. Jadi ambil positif segala kritikan-kritikan itu sambil-sambil dengan cool buat pekak saja. Itu pun kena tengok juga, ada orang yang memang sifat dia berlagak sangat dan tak kisah pun kita siapa, jenis yang macam ni akan sentiasa mengkritik saja. Jenis macam ni kau biarkan saja dia meroyan macam orang gila sebab kalau dia hebat sangat sudah lama dia berjaya kan. Hahaha. 

3. Jatuh bangun diri sendiri itu tetap bergantung pada kita juga. Dengan sebab itu, takkan kita biarkan diri kita terus jatuh. Kau nak harapkan siapa untuk kejutkan diri melainkan diri sendiri. Kalau kau tiada duit, kau nak harapkan siapa bagi duit untuk kita. Takkan nak minta duit dengan mak bapak dah besar-besar ni. Buat malu juga tu kan. Sebab itu, kalau nak duit, kena lah kuat berusaha untuk diri sendiri.   

4. Jangan hidup atas ehsan orang lain. Ini perkara paling penting, kena beringat untuk diri sendiri, sebab esok lusa itu tidak pasti apa yang bakal berlaku dengan hidup. Tanpa apa-apa kejayaan, kita selalunya terpaksa bergantung hidup dengan ehsan orang lain. Cthnya, menumpang rumah keluarga dan kawan-kawan. So, selagi tidak berjaya, wajib sediakan diri untuk tidak hidup atas ehsan orang lain.   

5. Sy tetap yakin, kejayaan akan datang bila kita ada usaha yang berterusan. Berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Tiada orang berjaya sekelip mata. Semuanya memerlukan masa yang bertahun juga untuk mendatangkan hasil. Kalau ada orang MLM bagitau kau, dengan modal sedikit boleh jadi kaya, itu semua strategi pemasaran mereka saja untuk tarik orang bersama-sama dengan mereka. Mereka pun bertahun-tahun join baru berjaya. 

p/s; Alhamdulillah, sedikit motivasi buat diriku sendiri dan moga-moga ianya terus menjadi inspirasi terutamanya kepada sahanat-sahabat graduan yang masih menganggur diluar sana. Buatlah apa saja kerja. Aku ni kerja bawa kereta sapu saja bha. Semoga kita sama2 sentiasa dimurahkan rezeki. Aamiin.   


Harga bahan api bagi Oktober 2016 – petrol RON95 dan RON97 naik 10 sen, diesel naik 5 sen

Ulun Tokou Times | Semasa

Selepas harga bahan api RON95 dan RON97 diumumkan turun sebanyak 5 sen pada bulan lalu, berkuatkuasa 12:01 tengah malam ini, terdapat perubahan pada harganya.

Bagi bulan Oktober 2016, kedua-dua bahan api tersebut mengalami kenaikan masing-masing sebanyak 10 sen, iaitu RM1.80 seliter bagi RON95 dan RM2.15 seliter untuk RON 97.

Malah harga bagi diesel juga mengalami kenaikan sebanyak 5 sen, iaitu RM1.75 seliter, berbanding bulan lalu RM1.70 seliter iaitu dua bulan berturut-turut tiada perubahan. Manakala diesel Euro5 juga naik 5 sen iaitu RM1.85 seliter, berbanding RM1.80 seliter pada bulan lalu.

Pada September 2016, RON95 berharga RM1.70 seliter, RM2.05 bagi RON97 dan RM1.70 untuk diesel.

paultan.org/2016/09/30/harga-bahan-api-bagi-okt-2016

Bahagia Itu Sederhana

Ulun Tokou Times | Kehidupanku

Alhamdulillah. Bahagia itu sederhana sebenarnya. Sesederhana senyuman kita. Bersyukur adanya dengan apa yang kita miliki.

Kadang-kadang kita lihat si kawan tu, steady saja nampak macam tidak masalah. Padahal siapa lah tahu cerita kehidupan dia. Begitu juga orang lain, melihat kita relax saja macam tiada apa masalah, padahal siapa tahu apa yang kita laluai sehari-hari.

Apa yang penting adalah bersyukur lah dengan apa yang kita ada hari ini. Mungkin rezeki duit cukup-cukup saja, tapi Allah bagi kita nikmat sihat walafiat. Allah bagi kita nikmat kawan-kawan yang baik. Allah bagi kita nikmat keluarga yang baik. Allah bagi kita nikmat dapat isteri yang baik. Tidak kah itu semua kegembiraan yang membuat kita bahagia. Alhamdulillah.

Ada yang kaya raya tapi tiada nikmat kesihatan, ada yg ada kerjaya baik dan stable tapi keluarga bercerai berai. Ada yang ada segala-segala, tapi tidak mengecapi kehidupan yang bahagia. Akhirnya, bersyukur lah sebab di sebalik kehidupan kita yang struggle ini, kita tetap masih berada dalam lingkungan hidup sederhana yang bahagia.

Betul lah, hakikatnya macam aku ini, kerja bawa kereta sapu tapi siapa tahu yang aku ini ada degree. Realitinya aku suka kah kerja bawa kereta sapu ini, kalau di fikir-fikirkan memang tidak berbaloi ada ijazah tapi kerja bawa kereta sapu saja. Bagus lagi kawan-kawan lain tu yang tidak sambung masuk u, setakat SPM dan STPM tapi steady saja dapat kerja kerajaan. Kadang-kadang kalau jumpa aku pula yang segan. Ya lah aku hidup macam ni saja.

Tapi apa kan daya, rezeki ku belum ada lagi. Mungkin Allah belum lagi bagi rezeki tu, maka no choice aku kena sentiasa perlu bersabar. Bersyukurlah apa adanya aku sekarang. Alhamdulillah. Aku tetap yakin, rezeki pasti ada juga nanti. Yang penting usaha mesti di teruskan. InsyaAllah.

p/s: Hidup ini indah andai kita mensyukurinya. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi kepada sahabat2 graduan yang masih menganggur diluar sana. InsyaAllah rezeki pasti dimana-mana.

Thursday, 29 September 2016

Ku Sambung Lagi Nanti.

Ulun Tokou Times | Kehidupanku

Fb sekarang ni bagi reminder memori tahun-tahun lepas yang kita update status. Pada 29Hb Sept 2011, 5 tahun lalu, aku mendaftar sebagai student Sarjana (Master) Program Komunikasi, Sekolah Sains Sosial di bawah penyelia Dr Haryati Abd Karim.

Aku ambil research tesis dengan tajuk, komunikasi pembangunan luar bandar. Tesis tu, sudah selesai pengumpulan data, tinggal key in data saja.

Tp sayangnya, aku sudah kehabisan sumber kewangan untuk meneruskannya. Bohong lah klu aku tidak sedih. Tuhan saja tahu kesedihan rasa di hati. Bayangkanlah di saat jiwa berkobar2 bersemangat, tiba2 duit tiada. Bersabar saja lah. 

Moga-moga.aku dimurahkan rezeki selepas ini untuk study lagi. InsyaAllah aku tetap bercita-cita habiskan study sehingga peringkat phd. Ilmu ni mesti di tuntut, ilmu pengetahuan itu lah yang membezakan kita sebenarnya. 

Walaupun sudah 12 tahun aku tamat ijazah sarjanamuda ku dan sehingga hari ini masih lagi belum ada rezeki kerja yg baik dan tetap, tp aku tetap berharap sesuatu yg baik dan dimurahkan rezeki dalam hidupku. 

Ada kawan-kawan kenapa tak minta tolong dgn boss2 yg byk ko kenal. Aku senyum saja, setakat ini, memang pun aku ada minta tolong. Bahkan ada yg janji juga nak tolong. Sampai sekarang janji tinggal janji saja. Malas sudah aku untuk mengharap apa-apa. Kalau betul-betul nak tolong mesti dia boleh tolong sebenarnya. Cuma mungkin siapa aku kan. Aku yakin dan percaya, rezeki tu pasti ada walaupun mungkin belum lagi waktu. 

Alhamdulillah, buat masa ini kerja bawa kereta sapu saja aku. Bergelut dgn pendapatan yg tidak menentu, mengejar untuk bayar ccm kereta. Siapa lah yg tahu, apa yg aku hadapi dalam kehidupan seharian aku. Cuma aku sudah biasakan diri untuk sentiasa relak dan tenang saja. Kawan-kawan tgk aku steady saja tapi siapa lah tahu apa yg ada dihatiku. 

p/s: InsyaAllah semoga aku sentiasa diberi kekuatan untuk menghadapi hari2 yg mencabar ini. Semoga aku dipermurahkan rezeki. Kita sama2 doakan yg baik2 untuk kehidupan kita. Untuk orang yg spt aku, positif itu memang perlu. Ikhlaskan hati dalam setiap apa yang kita lakukan. Moga2 dari keikhlasan itu akan hadir sesuatu yg baik menanti.      

Ini gambar selepas aku konvo tahun 2003. Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian (Komunikasi).

Wednesday, 28 September 2016

Hancur Aku Estranged feat. Fazura

Ulun Tokou Times | Laguku

Apa khabar teman?
Ku perlu bicara
Kerna aku hilang Tanpa kamu Apakah ertinya?
Ke semua ini
Ku merindukan kehadiranmu
Hancur Hancur aku
Bila-bila saja Hancur,
hancur aku
Hancur Hancur aku
Bila-bila saja Hancur,
hancur aku

Huo, Ohh
Apa khabar teman?
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari Diri aku
Apakah ertinya? Kesudahan ini Sepatutnya kau rindu Kehadiranku Hancur Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur Hancur aku
Bila-bila saja Hancur,
hancur aku

Wooh, Uoh,
Ohh Hancur Hancur aku
Bila-bila saja Hancur,
hancur aku
Hancur Hancur aku
Bila-bila saja Hancur,
hancur aku

Ohh, Ohh, Ohh
Bila engkau tiada
(bila engkau tiada)
Rindu kau bicara
Hancur, hancur aku
Bila teringatkanmu (ku teringatkanmu)
Hancur, hancur saja
Bila inginkan mu
Hancur aku (hancur aku)

Bantahan dan Tarik Balik Buku Teks Sejarah Tingkatan 1

Ulun Tokou Times | Semasa Sabah

Bantahan dan Tarik Balik Buku Teks Sejarah Tingkatan 1

Setelah meneliti isi kandungan berhubung dengan "adat kematian" suku kaum Murut Sabah didapati ianya TIDAK BENAR sama sekali dan lari daripada fakta sebenar.

Ianya menunjukkan bahawa penulis amat tidak bertanggungjawab, gagal mendapatkan maklumat yang tepat dan tidak peka dengan adat resam suku kaum Murut Sabah.

Isu ini menimbulkan kemarahan masyarakat Murut Sabah yang majoritinya menetap di Tenom, Pensiangan dan sebahagian Sipitang.

Dengan itu Pemuda BN Tenom..

1. Mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia menarik balik penggunaan dan edaran buku teks sejarah ini di semua sekolah sekolah menengah seluruh negera.

2. Penulis dan penerbit buku ini iaitu Dewan Bahasa Dan Pustaka memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Murut dan menarik balik buku ini daripada edaran.

3. Tindakan segera dan serta merta berhubung perkara tersebut diatas harus dilaksanakan.

Jamawi Jaafar
Pengerusi Pemuda BN Tenom

*bantahan bertulis kepada KPM dan DBP telah dihantar petang tadi.

Sumber: Jamawi Jaafar FB

Proton Saga 2016 kini dilancarkan secara rasmi – 4 varian, 1.3L VVT, dari RM36,800 hingga RM45,800

Ulun Tokou Times | Automotive

Pelbagai gambar spyshot telah tersebar, Proton juga telah menyiarkan imej dan video teaser, dan kami sendiri telah memandu ujinya di litar ujian Proton. Hari ini, merupakan hari untuk anda kerana Proton Saga 2016 secara rasminya dilancarkan dan mula berada di semua bilik pameran Proton di seluruh negara.

Pelancaran perdana model ini disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin, dengan diiringi CEO Proton Datuk Fuaad Kenali dan timbalannya Datuk Radzaif Mohamed di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Empat varian ditawarkan untuk model baharu bermula dengan varian asas 1.3L Standard manual dan 1.3L Standard CVT, varian pertengahan 1.3L Executive CVT serta varian tertinggi 1.3L Premium CVT. Tiada model yang dijana enjin 1.6 liter kerana Proton telah menyusun semula barisan model mereka agar tidak membunuh sesama sendiri, oleh itu, Saga hanya dijana enjin 1.3 liter dan 1.6 liter hanya untukPersona 2016.

Diasaskan dari Saga generasi kedua, tetapi dirombak sepenuhnya

Saga generasi ketiga ini dibina di atas platform yang sama dengan model generasi sedia ada. Oleh itu, jarak roda untuk model baharu ini tidak berubah dengan ukuran 2,465 mm. Panjang keseluruhan sedikit meningkat iaitu 4,311 mm, berbanding Saga BLM yang diukur dengan 4,278 mm (-74 mm). Model baharu ini juga lebih lebar 9 mm dengan ukuran 1,689 mm (1,680 mm pada model lama) tetapi 11 mm lebih rendah dengan ukuran 1,491 mm (1,520 mm pada model lama).

Walau bagaimanapun, keseluruhan panel luaran Saga 2016 ini adalah baharu sepenuhnya, di mana tiada satu komponen badan pun diambil dari model sebelum ini. Rekaan dimulakan pada bahagian muka, dengan lampu hadapan reflektor halogen sedan ini direka lebih elemen bulat diinspirasikan dari lampu hadapanPerdana 2016.

Gril hadapan menerima rekaan signatur ‘Proton Wing’ tetapi dengan sedikit elemen berbeza iaitu bar berkembar pada sayap yang mengapit logo 3D Proton, seperti rekaan gril Saga generasi pertama. Bampar hadapan pula menampilkan rekaan gril bahagian bawah seperti ‘misai’ seperti Iriz dan Persona, diapit sepasang perumah lampu kabus. Gelembung pada bahagian tengah hud enjin seperti pada Perdana 2016 diwujudkan, dan kelihatan seperti bersambung pada lekuk ‘pagoda’ diatas bumbung.

Pada bahagian sisi, bayangan badan Saga baharu ini sedikit berbeza dari generasi sebelumnya, dengan muncungnya kini kelihatan lebih bulat, berbanding FLX yang kelihatan bersegi. Satu lagi garisan badan pada bahagian bawah yang kelihatan seperti bilah, sama seperti Iriz dan Persona turut ditambah. Saga 2016 turut dilengkapkan dengan cermin sisi dengan lampu isyarat membelok, untuk imej yang lebih premium.

Pintu belakang direka lebih besar dan ia sperti kelihatan ‘ditarik’ lebih ke belakang dan diberikan ‘quarter window‘ (BLM dan FLX tiada cermin ini). Bahagian belakang pula kelihatan ‘terturun’ berbanding generasi sebelumnya yang direka tegak jika dilihat dari sisi. Walaupun kelihatan lebih kecil, but model baharu ini sebenarnya lebih tinggi dan memberikan tambahan kapasiti sebanyak tujuh liter (kapasiti but Saga FLX ialah 413 liter).

Model varian standard diberikan roda besi berdiameter 13-inci dengan penutup rim sama seperti model generasi sebelumnya, dibaluti tayar 175/60/R13. Untuk varian Executive, ia menerima roda aloi 14-inci ‘snowflake’ dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 bersaiz 185/60R14. Manakala untuk Premium pula, ia dipadankan dengan roda aloi berdimeter 15-inci ‘turbine’ dibaluti tayar Silverstone Kruizer1 NS800 bersaiz 185/55R15.

Saga 2016 menerima sepasang lampu belakang ‘two-piece‘ iaitu lampu utama, brek dan isyarat membelok pada bahagian badan digabungkan dengan lampu tambahan yang menempatkan lampu undur melekat pada but. Walau bagaimanapun, kesemua varian Saga 2016 hanya menerima lampu mentol biasa, berbanding LED pada generasi sebelum ini.

Lampu-lampu belakang berkenaan dihubungkan menerusi sebuah kemasan berbentuk bar merentangi but belakang (warna hitam untuk varian standard, warna badan untuk varian Executive dan krom untuk varian Premium), dan turut menempatkan logo 3D Proton pada bahagian tengah. Spoiler ala-ekor itik diberikan pada model Executive dan keatas.

Bahagian bawah bampar belakang Saga baharu ini turut menerima kemasan seperti Persona dan Perdana, tetapi kemasan berwarna hitam pada Saga ini lebih ringkas, tiada lengkuk yang kelihatan seperti diffuser serta ruang untuk tip ekzos, dan menempatkan lampu kabus tunggal pada bahagian tengah.

Hanya satu enjin ditawarkan, 1.3 liter VVT baharu, kerangka dipertingkatkan

Saga kini dijana enjin 1.3 liter VVT yang diambil dari Iriz berkuasa 94 HP dan tork maksima 120 Nm, menggantikan enjin 1.3 liter Campro IAFM+ pada model sebelum ini. Hanya varian standard menerima pilihan kotak gear manual lima-kelajuan dan CVT automatik, manakala varian lain hanya dipadankan dengan transmisi CVT. Seperti juga Persona, unit janakuasa ini bukan sekadar memindahkannya dari casis Iriz ke Saga.

Menurut Proton, untuk versi CVT, Saga baharu mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 13.1 saat dan penggunaan bahan api dicatatkan pada 5.6 l/100 km (14.5 saat/6.3 l/100 km pada model sebelum ini). Manakala untuk versi manual pula, ia kini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 12.2 saat dan penggunaan petrol dicatatkan pada 5.4 l/100 km (13 saat/ 6.0 l/100 km pada model sebelum ini).

Proton telah menala semula enjin dan transmisi ini sesuai dengan badan sedan Saga serta menambahbaik aspek respon serta NVH. Empat cagak enjin pada Saga FLX kini hanya tiga pada Saga 2016, di mana cagak pada blok enjin bahagian hadapan ditiadakan serta torque rod pada bahagian belakang enjin kini menerima rekaan baharu. Ini membolehkan getaran pada enjin kini kurang dialirkan ke kerangka badan, bagi memberikan kadar NVH yang lebih bagus.

Kerangka asas kini menerima lebih banyak logam berketegaran tinggi seterusnya meningkatkan ketegarannya dari 10,000 Nm/deg pada model sebelum ini kepada 12,000 Nm/deg pada model Saga baharu. Model generasi baharu ini masih mengekalkan topang McPherson pada bahagian hadapan dan torsion beam pada bahagian belakang. Komponen-komponen suspensi seperti spring dan getah-getah bushing diubah untuk memberikan talaan pengendalian yang lebih baik.

Saga 2016 masih menggunakan sistem stereng kuasa hidraulik, tetapi nisbah pada rak dan pinan stereng telah ditala semula daripada 20:1 pada model terdahulu kepada 16:1, membolehkan arah diubah dengan lebih cepat. Daya untuk memutar roda stereng juga kini lebih ringan iaitu 2.75 kgf berbanding 3.0 kgf pada Saga FLX.

Dilengkapi pelbagai ciri baharu, keselamatan turut dipertingkat

Bahagian dalaman Saga kini diberikan papan pemuka baharu. Susunan dalam kluster instrumen masih lagi kekal dengan takometer di sebelah kiri, speedometer di bahagian kanan, paparan posisi gear (untuk CVT) di bahagian tengah dan lampu amaran serta informasi lain di atasnya. Latar belakang meter berkenaan kini menerima tema seiras dengan Persona dan dilengkapi lampu penunjuk Eco Assist.

Roda stereng Saga baharu ini diambil terus dari Preve/Exora. Kluster bahagian tengah ditempatkan liang hawa dingin berbentuk empat segi dan di bawahnya diletakkan pemain audio 2-DIN (hanya 1-DIN untuk varian standard dan Executive) yang turut diambil terus dari Exora.

Barisan suis operasi untuk kunci pintu berpusat, lampu-lampu kabus, lampu isyarat halangan (hazard light) dan ESC ditempatkan di bawah pemain audio, diikuti suis-suis kawalan penghawa dingin yang diambil dari Saga FLX diletakkan di bawahnya. Tombol gear untuk versi CVT menggunakan tombol dari Iriz dengan selak gear pada bahagian hadapan, berbanding model lama di bahagian atas. Tombol untuk versi manual pula menerima tombol gear dari Satria Neo.

Tiga port USB pada dilengkapkan pada Saga – satu untuk hadapan iaitu di sebelah soket 12V berhampiran pemegang cawan hadapan, dua lagi untuk bahagian belakang, di ruang storan belakang tuil brek tangan. Khas untuk varian Premium, ia turut dilengkapi kamera undur yang dipaparkan menerusi skrin pada cermin pandang belakang.

Tempat duduk belakang pada model baharu ini turut direka agar boleh dilipat (tetapi tiada pisahan dengan nisbah 60:40) bagi memberikan ruang storan tambahan untuk but belakang jika diperlukan. Menurut Proton lagi, mereka telah mengurangkan daya untuk menutup/membuka pintu dari 25 kgf kepada hanya 15 kgf agar ia terasa lebih ringan.

Untuk keselamatan, kesemua varian menerima cagak tempat duduk ISOFIX pada bahagian belakang, dan juga dua beg udara. Varian Executive dan keatas menerima sistem brek ABS dengan BA dan EBD. Khas untuk varian Premium, ia turut menerima Bantuan Mula Mendaki (HHA) dan juga Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) bagi membolehkan varian berkenaan menerima penarafan ASEAN NCAP empat-bintang.

Perincian pecahan setiap varian dan harga adalah seperti berikut:

Proton Saga 1.3L Standard MT/CVT 2016

Varian ini datang dengan dua versi transmisi yang boleh dipilih iaitu manual lima-kelajuan dan CVT automatik. Kedua-dua versi ini hadir dengan ciri-ciri yang sama.

Ciri-ciri

Enjin 1.3 liter VVT94 hp, 120 NmEcodrive AssistLampu utama halogen reflektorLampu kabus belakangPenderia parkir hadapan dan belakangRim besi 13 inci (dengan tayar Silverstone Synergy M3 saiz 175/70)Cermin sisi, pemegang pintu dan hiasan belakang hitam tanpa catCermin sisi larasan manualTiang-B warna badanKemasan dalam hitamUnit audio 1-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX2 port mengecas USBTempat duduk fabrik serba hitamTempat duduk pemandu dengan ketinggian yang boleh dilarasRuang but 420 liter dengan tayar simpanan jimat ruangTempat duduk belakang boleh lipatTrim pintu plastikCagak ISOFIXDua beg udaraBrek cakera hadapan dan brek dram belakang

Harga

1.3L Standard 5MT – RM36,8001.3L Standard CVT – RM39,800

2016 Proton Saga 1.3L Executive CVT

Ciri-ciri tambahan

Brek ABS dengan EBDLampu kabus hadapanRim aloi 14 inci ‘snowflake’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/60)Cermin sisi, pemegang pintu dan kemasan belakang berwarna sama seperti badanCermin sisi berkuasa elektrikTiang-B warna hitamSpoiler pada but belakangKemasan kelabu berkilat pada liang pendingin hawa dan sterengTempat duduk fabrik bercorakmesh

Harga

1.3L Executive CVT – RM42,800

2016 Proton Saga 1.3L Premium CVT

Ciri-ciri tambahan

Rim aloi 15 inci ‘turbine’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/55)Electronic Stability Control (ESC)Hill-hold AssistUnit audio 2-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUXKemasan kelabu berkilat pada tombol gear dan sekelilingTempat duduk fabrik bercorak gelombangKamera undur (dengan paparan bersepadu pada cermin pandang belakang)Butang kawalan audio pada stereng

Harga

1.3L Premium CVT – RM45,800

Semua model mendapat tingkat taraf seperti berikut:

Enjin 1.3 VVT (menggantikan IAFM+)Prestasi manual – 0-100km/j dalam 12.2 saat (daripada 13.0 saat)Penggunaan bahan api manual – 5.4 l/100 km (bertambah baik daripada 6.0 l/100km)Prestasi CVT – 0-100km/j dalam 13.1 saat (daripada 14.5 saat)Penggunaan bahan api CVT – 5.6 l/100 km (bertambah baik daripada 6.3l/100km)Hanya tiga cagak enjin untuk mengurangkan peralihan getaran ke kerangkaECU yang ditala semula untuk tindak balas CVT lebih baikTayar dengan rintangan golek lebih rendah, cengkaman atas jalan basah lebih baik (lebih senyap 2dB)Pakej pemanduan dan kawalan dipertingkatTahap keselamatan ASEAN NCAP empat bintang (daripada tiga bintang)Rak stereng lebih tepat dan pantas (nisbah 16:1 daripada 20:1)Radius membelok lebih kecil (5.1 m berbanding 5.3 m)Penutupan pintu lebih ringan (15 kgf berbanding 25 kgf)Kuasa stereng lebih ringan (2.75 kgf berbanding 3.0 kgf)Kerangka lebih tegar (12,000 Nm/deg berbanding 10,000 Nm/deg)

Kesemua harga yang ditawarkan adalah harga atas jalan dengan insuran. Setiap pembelian Proton Persona turut dilindungi dengan waranti selama 5 tahun tanpa had perbatuan. Untuk anda yang berminat menempah Proton Saga 2016, anda boleh lawati laman Carbase.my untuk spesifikasi penuh serta bantuan dari penasihat jualan di sini. 

paultan.org/2016/09/28/proton-saga-2016-kini-dilancarkan-secara-rasmi

Tuesday, 27 September 2016

KU BERLARI

Ulun Tokou Times | Sajak

Ku Berlari..

Berdiri di sini ku ingin berlari,
Ku susun sebuah puisi menyinari hati,
Tika malam menghampiri dinihari,
Aku masih berjaga sendiri.

Merenung episod kehidupan di esok hari,
Sebuah perjalanan masih menanti,
Perjalanan di satu perjuangan duniawi,
Yang fantasinya indah realitinya belum pasti.

Pastinya esok itu sebuah kekuatan,
Memaksa segala kepenatan dan kepahitan,
Agar langkah terus kehadapan,
Moga2 kejayaan itu bukan hanya sekadar harapan..

28Hb Sept 2014.
12am.. Kg Benoni, Papar.
Shamrin Mat Janih

Kahwin Dengan Despatch, Fynn Jamal Bukti Bukan Semua Wanita Jenis Pandang Harta & Pangkat


Wanita berkerjaya selalu dikaitkan dengan ego dan sifat kurang hormat kepada suami jika si suami mempunyai pendapatan atau taraf pekerjaan lebih rendah daripada isterinya. Tapi rezeki itu di tangan Tuhan, tidak semestinya mereka yang kelihatan berjaya dari segi pangkat dan nama lebih bahagia dalam kehidupan.

Kisah Fynn Jamal dengan suaminya, Tri Hadzir ini mungkin boleh jadi contoh kepada semua wanita di luar sana. Waktu mereka berkenalan, Fynn merupakan seorang pensyarah dan suaminya sekadar budak penghantar makanan. Ikuti kisah pasangan ini selanjutnya.

Lecturer Kahwin Abang Delivery?

Suka Lelaki Kerja-Kerja Fizikal

“Suamiku Abang Despatch”

Sumber: Fynn Jamal

www.ohbulan.com/kahwin-dengan-despatch-fynn-jamal-bukti-bukan-semua-wanita-jenis-pandang-harta-pangkat

Monday, 26 September 2016

Kesempitan Hidup, Air Rebusan Nasi Ganti Susu

Ulun Tokou Times | Kehidupan

RAUB – Hidupnya serba kekurangan namun itu tidak pernah dijadikan alasan untuk mengabaikan kebajikan ibunya yang lumpuh sebaliknya dia cuba sedaya upaya untuk memberikan kehidupan yang terbaik untuk wanita yang melahirkannya itu.

Bagi Nazimah Mat Peah, 44, walaupun hidup dalam kesempitan sejak ditinggalkan suami lebih 10 tahun, namun dia tetap menguruskan ibunya sebaik mungkin kerana di situlah terletaknya syurga bagi seorang anak.

Menurut Nazimah yang tinggal di Kampung Panchur, ibunya, Aminah Abad, 78, tiba-tiba lumpuh pada penghujung 2014 selepas kedua-dua mata ibunya buta akibat dimasuki habuk.


NAZIMAH MENJAGA IBUNYA, AMINAH YANG UZUR DI KAMPUNG PANCHUR.

“Sebelum ini, ibu pernah bekerja di ladang sawit dan pada waktu itu matanya dimasuki habuk sehingga menyebabkan kedua-dua matanya buta.

“Keadaan semakin buruk apabila ibu tidak dapat lagi melihat dan badannya juga semakin susut akibat kuman yang merebak dan akhirnya menyebabkan dia lumpuh,” katanya ketika ditemui di sini.

Ibu kepada tiga anak itu mengakui banyak perbelanjaan yang dikeluarkan sejak ibunya lumpuh apabila perlu menyediakan lampin dewasa dan susu khas bagi keperluan ibunya.

“Ibu saya kini bergantung pada tiub untuk minum susu serta membuang air. Dia sudah tidak berdaya menguruskan diri sendiri lagi,” katanya.

Katanya, akibat kesempitan hidup menyebabkan dia kini tidak lagi mampu membeli susu khas untuk ibunya sebaliknya menggantikannya dengan air rebusan nasi sahaja.

“Sebelum ini, ibu ada menerima bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), beban kurang dirasai kerana keperluannya masih boleh ditampung dengan wang yang diterima.

“Namun, bantuan berkenaan terhenti sejak setahun lalu disebabkan ibu lambat mengemas kini maklumat kerana keadaannya yang semakin uzur.

“Saya juga tidak boleh bekerja kerana perlu menjaga ibu dan hanya mengharap bantuan dua anak yang kerja kampung untuk menghulur sedikit bantuan bagi menampung keperluan,” katanya.

Nazimah mengakui banyak bantuan yang cuba dipohon, termasuk zakat bagi membantu kehidupannya sebagai ibu tunggal namun semuanya gagal.

“Sudah puas saya naik turun pejabat berkaitan untuk mohon bantuan, tapi tiada yang peduli.

“Bekas suami adalah warganegara asing, dia meninggalkan saya dan tiga anak begitu saja tanpa sebarang khabar. Saya tidak mempunyai surat cerai, jadi status itu menjadi faktor saya tidak layak menerima apa-apa bantuan,” katanya. –myMetro Online

www.mynewshub.cc/utama-sensasi/kesempitan-hidup-air-rebusan-nasi-ganti-susu

Tebusan Malaysia Rayu Bantuan

Ulun Tokou Times | Semasa

PETALING JAYA – Satu mesej bantuan kecemasan telah dihantar oleh seorang tebusan Malaysia yang ditahan oleh kumpulan Abu Sayyaf, merayu pertolongan kerana beliau kelaparan dan telah dipukul.

“Kami sudah tidak tahan lagi. Kami dalam kesakitan. Semua kami sakit. Badan kami luka-luka. Kami lemah. Tiada makanan untuk dimakan. Malah, kami dipukul. Ada orang mahu menembak kami. Tolong bantu kami.” Itulah kata-kata Mohd Ridzuan Ismail, salah seorang daripada lima rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dari perairan Lahad Datu di pantai timur Sabah, 18 Julai lalu.

Pada Rabu, jurucakap Abu Sayyaf, Abu Rami telah menghubungi The Star dari pulau Jolo, selatan Filipina, dan meminta Mohd Ridzuan, 32, bercakap di telefon bagi membolehkan beliau menghantar mesej kepada kerajaan Malaysia.

“Saya adalah tebusan dari Malaysia. Nama saya Mohd Ridzuan Ismail. Dan saya meminta bantuan daripada kerajaan dan majikan saya untuk menyelamatkan kami secepat mungkin,” kata kelasi kapal itu dalam bahasa Melayu. Perbualan berlangsung selama lapan minit. ABDUL RAHIM SUMMAS DI LOKASI YANG TIDAK DIDEDAHKAN DI PULAU JOLO.

“Kami menderita di pulau Jolo. Kami merayu kepada kerajaan Malaysia dan majikan kami supaya berunding tentang pembebasan kami, kami mahu pulang ke rumah secepat mungkin,” katanya dalam nada sedih.

Terdapat kemungkinan Mohd Ridzuan mungkin akan mati di tangan Abu Sayyaf yang telah memenggal kepala tebusan pertama Malaysia, Bernard Then, November tahun lepas.

Mohd Ridzuan, yang berasal dari Pahang, diculik bersama empat rakannya dari Sabah, Tayudin Anjut, 45, Abd Rahim Summas, 62, Mohd Zumadil Rahim, 23, dan Fandy Bakran, 26. Kapal tunda mereka yang kosong telah ditemui di perairan Dent Haven di kawasan Tambisan, Lahad Datu, berhampiran sempadan laut di selatan Filipina.

Mohd Ridzuan berkata, mereka sedang ditahan dalam hutan. “Hanya kadang-kadang kami diberi makan. Untuk minum, kami terpaksa mengambil air parit. Jika ada makanan, ia hanyalah nasi untuk alas perut,” katanya.

Ditanya sama ada mereka telah dipukul, Mohd Ridzuan berkata mereka telah dipukul dengan senapang. “Kami takut. Ini bukan tempat kami. Mereka pukul kami dan beritahu kami bahawa mereka boleh menembak kami.” Pada waktu malam, beliau berkata tawanan akan diikat. “Kami tidur di atas tanah. Apabila hujan, kami akan terendam dalam air,” katanya. Ditanya berapa ramai anggota lelaki bersenjata yang mengawasi mereka, Mohd Ridzuan berkata bilangan mereka ‘terlalu banyak, terlalu banyak untuk dikira’.

Pada mulanya, Mohd Ridzuan berkata orang yang menculiknya ada menghubungi majikannya tetapi akhir-akhir ini pemilik kapal tersebut telah berhenti menjawab panggilan. “Tolong hubungi bos dan keluarga saya supaya mereka dapat membantu kami pulang ke rumah secepat mungkin. Sudah dua bulan berlalu. Kami tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan,” katanya.

Sehari sebelum Mohd Ridzuan muncul merayu bantuan, Abu Rami dalam satu temu bual telefon berkata penculik telah meminta 100 juta peso (RM8.5 juta) untuk membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan.

Tebusan itu, katanya, telah ditahan di Luuk, kawasan di pulau Jolo oleh seorang pemimpin Abu Sayyaf yang dikenali sebagai Abu Khalif. Beliau berkata tebusan telah dipisahkan kepada tiga kumpulan.

“Saya diberitahu bahawa tebusan paling tua sedang sakit,” kata jurucakap itu yang memperkenalkan kumpulannya sebagai Al Harakatul Al Islamiyyah. Beliau mungkin merujuk kepada Abd Rahim yang berusia 62 tahun.

Ditanya sama ada pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari boleh berunding untuk melepaskan mangsa, Abu Rami berkata: “Hanya jika dia mempunyai 100 juta peso. Jika tidak, maka tidak.” Beliau juga mendakwa tiada tentera yang muncul di lokasi di mana tebusan itu ditahan, walaupun dengan adanya laporan bahawa tentera Filipina akan melancarkan perang habis-habisan terhadap Abu Sayyaf.
“Mengapa mereka tidak mahu melawan kami?,” beliau membuat cabaran. Pada Ahad, Abu Rami menghantar dua keping gambar tebusan kepada The Star. Beliau tidak dapat menghantar gambar-gambar itu lebih awal kerana masalah sambungan Internet di bandar Jolo.

Pihak berkuasa Malaysia dipercayai sedang bekerjasama dengan rakan-rakan mereka di Filipina mereka untuk membebaskan tawanan. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun enggan membincangkan tentang rundingan untuk membebaskan tebusan, hanya mengatakan bahawa mereka ‘masih menunggu’.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau akan mengarahkan polis untuk meningkatkan komunikasi dan rundingan dengan penculik bagi membebaskan mangsa. Keluarga tebusan telah menjauhkan diri daripada media. Satu-satunya kenyataan yang telah dikeluarkan setakat ini adalah mereka berdoa agar orang tersayang dapat pulang dengan selamat.
– mStar Online/The Star
Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/tebusan-malaysia-rayu-bantuan/

Saturday, 24 September 2016

Video: Driver Uber Dimaki, Penumpang Kena Paksa Turun

Ulun Tokou Times | Semasa

DUA rakaman berasingan memaparkan beberapa pemandu teksi memarahi pemandu Uber yang didakwa merampas pelanggan mereka di Kota Kinabalu, Sabah menerima kecaman hebat netizen di media sosial.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Miguelmutien Masterpiece, kedua pemandu berkenaan dimarah, dimaki hamun dan diberikan amaran agar tidak menjalankan perkhidmatan itu lagi di Sabah kerana menurut dakwaan kumpulan teksi itu, Uber tidak dibenarkan beroperasi di negeri tersebut.

Bukan sahaja pemandu Uber, malah penumpang turut jadi mangsa makian mereka serta diminta keluar dari kereta Uber terbabit.

Berdasarkan dialog pemandu teksi berkenaan, mereka tidak mendapat sebarang pelanggan dari waktu pagi semalam hingga ke malam kejadian dan mendakwa pelanggan mereka ‘dirampas’ oleh pemandu Uber.

Malangnya, video yang dimuat naik oleh pemandu teksi itu sendiri bagaimanapun dikecam netizen. Bagi netizen, tindakan sekumpulan pemandu teksi terbabit enggan menerima kenyataan bahawa kebanyakan pengguna kini memilih perkhidmatan Uber yang jauh lebih selesa dari teksi.

Pengguna punya duit, bukan driver teksi punya duit. Hak pengguna untuk memilih menggunakan perkhidmatan siapa,” komen Putra Along.

Kalau teksi mmpunyai sistem yang sama seperti Uber, harga yg berpatutan mcm Uber, service yang bagus sampai ambil ke depan rumah, kemungkinan tak akan berlaku kes begini. Pengguna ada hak masing-masing untuk pilih the best for them. #noworrynowar ,” kata Marzain Matsun.

Selain itu, netizen yang berasal dari Sabah juga mendakwa kadar tambang perkhidmatan teksi semakin mahal dan tidak masuk akal.

Kerana beberapa pemandu teksi perangai macam ni habis yang lain pun kena tempias. Ko mau teksi ko kena naik, ko pikir la rate kamu yang jauh lagi mahal. Apa hak suruh penumpang turun dari Uber?,” pertikai Alfin Nasir.

Persoalannya di sini ialah apakah pengguna di Malaysia tidak berhak memilih sendiri perkhidmatan yang disukai mereka? Salah penggunakah jika mereka menolak perkhidmatan teksi yang dirasakan tidak begitu memuaskan? – MYNEWSHUB.CC

www.mynewshub.cc/utama-sensasi/video-driver-uber-dimaki-penumpang-kena-paksa-turun

Uber, Grab diluluskan atas kehendak rakyat – Menteri

Ulun Tokou Times | Semasa
Keputusan Kabinet untuk meluluskan operasi perkhidmatan perkongsian kenderaan atas talian seperti Uber dan Grab adalah kerana kepentingan rakyat, lapor The Sun Daily.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu akhbar berkenaan, keputusan Kabinet berkenaan adalah dipengaruhi kehendak rakyat.

“Kami tiada masalah untuk mengawal selia Uber dan Grab kerana ini adalah apa yang rakyat mahukan,” kata beliau. “Kami bersikap objektif dan kami berpandukan kepentingan rakyat.”

“Pengguna adalah aspek yang jauh lebih penting dari pemandu teksi. Apa yang rakyat mahukan dan suka gunakan adalah faktor utama kami membuat keputusan untuk mengawal selia Uber dan Grab,” tambah beliau.

Beliau juga memberikan mesej mengejutkan, “Uber tidak akan diharamkan (di Malaysia).”

Menurut Nazri lagi, Grab dan Uber adalah organisasi nasional, merujuk kepada pelaburan tidak langsung Khazanah Nasional Berhad dalam permulaan teknologi dan DNA tempatan Grab.

“Sebagai Menteri Pelancongan, saya pastinya menyokong inisiatif teknologi untuk perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih efisien. Mereka (Uber dan Grab) adalah lebih kompetitif dan kadang-kala menawarkan tambang yang lebih murah dari teksi konvensional yang mana ia baik untuk rakyat dan pelancong.”

Beliau turut mengingatkan pemandu agar melihat kelulusan operasi Uber dan Grab ini sebagai peringatan supaya mereka memperbaiki perkhidmatan mereka.

“Kami tidak melupakan mereka. Ada berberapa insentif yang kami (Kabinet) telah luluskan minggu ini yang mana ia akan dilaksanakan oleh SPAD dalam Program Transformasi Industri Teksi tidak lama lagi,” kata Nazri dan menambah kerajaan tidak akan tunduk pada ugutan mereka untuk tidak memberikan mengundi kepada parti memerintah.

“Mereka melakukan kesalahan besar jika pemandu-pemandu teksi ini terus mengugut kami,” tegas beliau.

Sumber:: paultan.org/2016/08/12/uber-dan-grab-beroperasi-secara-sah-atas-kehendak-rakyat-menteri

Friday, 23 September 2016

Semangat Membara

Hidup Perlukan keberanian.
Semangat mesti sentiasa ada.
InsyaAllah. Alhamdulillah

#Good_Man_Always_Win
Ulun Tokou Times ©2016

(5 Foto) Ini Bagaimana Rupa Proton Saga 2016 Baharu Dari Jarak Dekat

Ulun Tokou Times | Automotive

 Kuala Lumpur, 23 Sep - Kereta terbaru keluaran Perodua, Bezza, mungkin akan menghadapi sedikit persaingan dari Proton Saga terbaru yang akan muncul menemui orang ramai tidak lama lagi.

Jika sebelum ini banyak foto terdedah diambil dari kilang dan juga cuma model prototaip, kini foto Saga 2016 yang berjaya diambil dari jarak dekat pula tersebar.

Menerusi perkongsian gambar oleh pengguna Facebook Jai Kbs, boleh dilihat Saga terbaru kali ini menampilkan rekabentuk yang moden dan menarik, seiring dekat pesaing-pesaingnya yang lain.

Foto dari sisi.
Dari depan
Dari depan
Teaser dari dalam
Dari belakang.
Proton Saga dijangka akan dilancarkan pada 28 September ini.

www.siakapkeli.my/2016/09/5-foto-ini-bagaimana-rupa-proton-saga.html?m=1

Jakarta: Tahanan polis dibenarkan akad nikah dalam balai

Ulun Tokou Times | Luar Negara

Muhammad Harudin ditangkap polis ketika sedang berurusan untuk menjual motosikal curi di sini pada 17 Ogos lepas. - Gambar hiasan

JAKARTA: Seorang tahanan polis bagi kes curi motosikal dibenarkan melangsungkan majlis akad nikah dengan tunangnya di dalam balai polis ibu kota Jakarta, Polis Daerah Metro Jaya di sini, semalam.

Muhammad Harudin, 20, dan pasangannya Marlena, 19, dinikahkan oleh ketua kampung pengantin perempuan yang berasal dari Lampung, sebuah pulau paling selatan di Pulau Sumatera, Indonesia.

Media-media tempatan hari ini melaporkan perkahwinan yang berlangsung dalam suasana menyedihkan itu turut disaksikan oleh ibu bapa kedua-dua pengantin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Metro Jaya, Budi Hermanto dipetik sebagai berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan majlis pernikahan itu atas permintaan ibu bapa keluarga masing-masing yang memaklumkan bahawa Marlena sedang hamil anak Muhammad Harudin.

"Atas aspek kemanusiaan, kita membenarkan mereka mengakad nikah dan majlis itu hanya upcara akad nikah sahaja," katanya.

Muhammad Harudin yang juga berasal dari Lampung sepatutnya menikahi Marlena pada 20 Ogos lepas dan semua persiapan untuk majlis kenduri perkahwinan di rumah masing-masing telahpun diatur oleh keluarga mereka.

Bagaimanapun dia tidak dapat pulang ke Lampung untuk melangsungkan perkahwinannya kerana ditangkap polis ketika sedang berurusan untuk menjual motosikal curi di sini pada 17 Ogos lepas.

Ketua Kampung Desa Pelindung Jaya, Lampung Timur, Abdul Wahab memberitahu pemberita, setelah majlis perkahwinan di kampung terpaksa dibatalkan, pihak keluarga bersetuju membuat rayuan kepada polis agar pasangan itu tetap diijab kabul kerana Marlena telah hamil empat bulan.

Katanya, setelah rayuan mereka diterima, pihak keluarga menyewa kereta untuk berangkat dari Lampung Timur ke Jakarta dan terpaksa menempuh perjalanan jauh demi menyaksikan pasangan tersebut menikah.

"Kami berangkat dari pukul 9 malam dan baru sampai Jakarta pukul 7 pagi dan saya menasihati Hairudin supaya insaf kerana terpaksa melangsungkan acara mulia di tempat yang tidak mulia iaitu dalam lokap polis," kata beliau.

Sebaik selesai majlis akad nikah, mereka terpaksa meninggalkan Muhammad Hairudin dalam lokap kerana tempoh tahanan pengantin lelaki itu masih panjang ekoran kesnya masih belum didakwa di mahkamah. -- BERNAMA
-Astro Awani

Gaji tidak setara faktor utama peningkatan kos sara hidup di Malaysia

Ulun Tokou Times | Semasa

Dengan Bajet 2017 yang bakal diumumkan 21 Oktober ini, Muhammed berkata kerajaan masih mampu membantu rakyat. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji yang tidak setara dikenal pasti faktor utama peningkatan kos sara hidup.

Nilai gaji didapati menjadi rendah di kawasan bandar akibat dari peningkatan kadar inflasi yang tinggi.

Selain komuniti berpendapatan rendah, golongan pertengahan yang rata-rata adalah majoriti masyarakat Malaysia turut merasai impaknya.

Peningkatan harga barang keperluan dan makanan, ditambah dengan kos pengangkutan harian dan sewa rumah semakin menekan kehidupan rakyat.

Iklim ekonomi negara yang kurang memberangsangkan kesan ketidaktentuan harga minyak juga menambah tekanan kepada kuasa beli pengguna, sekali gus merencatkan pertumbuhan ekonomi tempatan.

Pengarah Khazanah Research Institute, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, keadaan diburukkan lagi dengan kadar kenaikan gaji yang lebih kecil berbanding inflasi.

"Keseluruhan gaji di Malaysia naik tapi perlahan. Median gaji penengah berada di tahap RM1,500 tetapi di kawasan-kawasan bandar kenaikkan gaji hanyalah sebanyak RM50. Jika kita ambil kira kadar inflasi, kadar kenaikan menjadi kosong.

"Ini disebabkan oleh kenaikkan harga barang keperluan, makanan dan utiliti. Namun, bukan Kuala Lumpur sahaja yang tidak merasa kenaikan gaji, negeri-negeri lain seperti Pahang, Pulau Pinang juga tidak merasa kenaikan.

"Persoalannya, kenapa gaji tidak naik? Kejatuhan ekonomi global adalah salah satu puncanya, ekonomi tempatan pula tahun ini hanya dijangka akan berkembang 4.1 peratus, maksudnya ia tidak serancak dahulu.

"Perkara ini menyebabkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan. Bayangkan, dari bulan Januari hingga Mei, kadar pengangguran meningkat 10 peratus," katanya.

Jelas Muhammed, situasi ini menyebabkan jurang pendapatan dan harta di antara golongan miskin dan kaya dan di antara negeri semakin luas. Ini berlaku meskipun jurang pendapatan antara kaum semakin kecil.

"Jurang antara kaum memang menunjukkan pengurangan dan itu adalah sesuatu yang baik. Namun, jurang diantara negeri pula semakin meningkat.

"Ramai yang tidak tahu, pendapatan per kapita individu di Kuala Lumpur adalah sama dengan negara maju seperti Korea Selatan, manakala pendapatan Kelantan, negeri paling miskin adalah lebih rendah dari Sri Lanka.

"Ini menunjukkan jurang yang semakin meningkat tinggi. Sebab utama perkara ini berlaku adalah pembangunan yang banyak dibuat di Kuala Lumpur berbanding dengan negeri lain, terutamanya negeri-negeri yang dianggap miskin.

"Contohnya pembinaan 'High Speed Rail', pusat-pusat komersil dan universiti-universiti, semuanya mahu dibina di sini jadi bagaimana negeri seperti Kelantan mahu maju?," kata Muhammed.

Tambah beliau, kerajaan harus menyedari kesan pembangunan setempat ini dan melakukan sesuatu bagi menanganinya.

"Pembangunan setempat adalah sangat penting , kita harus tolong kawasan-kawasan ini. Orang yang berpendidikan rendah banyak yang tertinggal di kawasan-kawasan ini apabila universiti dibina di kawasan bandar.
 
"Kita harus lihat bahawa pendidikan tinggi bermaksud gaji yang tinggi. Undang-undang dan polisi negara banyak membantu dan melindungi golongan berpendidikan tinggi.

"Contohnya, kita ada polisi yang menyukarkan doktor, jurutera dan peguam luar untuk bekerja disini tetapi bagi pekerja-pekerja buruh dan berpendidikan rendah tidak. Ini bermakna pekerja-pekerja asing seperti dari Bangladesh dan Myanmmar mengambil tempat mereka," tambahnya.

Selain itu, struktur percukaian negara juga tidak membantu golongan pekerja di mana hampir setiap perbelanjaan mereka dicukai, terutamanya apabila dibandingkan dengan sesetengah pelaburan dan perbelanjaan yang dikecualikan dari cukai.

Kebanyakan pelaburan dan perbelanjaan ini melibatkan harta yang tidak mampu dimiliki golongan miskin dan pertengahan.

Menurut Muhammed, kelemahan polisi dan pasaran buruh inilah yang menyebabkan jurang diantara miskin dan kaya semakin tinggi.

"Satu lagi cukai kita. Orang yang bergaji akan bayar cukai. Tetapi jika saya beli saham saya tak perlu bayar cukai. Jika ibu bapa saya kaya dan mewariskan saya saham, aset seperti rumah dan sebagainya, saya tak perlu bayar cukai sedangkan peningkatan aset lebih tinggi dari gaji. Ternyata ada ketidakadilan di situ," katanya.

Beliau turut berkata keadaan ekonomi setempat dilihat tidak akan pulih dalam masa terdekat akibat keadaan ekonomi global yang merudum.

"Menurut data yang dikumpul Khazanah sendiri untuk pertengahan tahun 2016, kadar pinjaman turun sembilan peratus, pelaburan swasta turun dua peratus, manakala perbelanjaan kerajaan berada di tahap negatif. Kita juga lihat pasaran domestik melalui jualan 'big ticket item' seperti kereta.

Dari bulan Januari hingga Jun tahun ini, jualan kereta turun 15 peratus dan jualan runcit keseluruhan turun empat peratus.

"Apa makna semua ini? Maksudnya orang tak membeli, syarikat tak dapat untung jadi macam mana mereka nak kongsi dengan pekerja? Setakat ini kita tidak nampak bahawa faktor ekonomi akan berkembang dalam masa terdekat.

"Kedua, setiap isi rumah berbelanja hampir 30 peratus pendapatan mereka untuk makanan tetapi harga makanan semakin meningkat.  Sebab utamanya adalah kejatuhan nilai mata wang ringgit. Kita import 30 sehingga 40 peratus makanan, contohnya 70 peratus daging dalam negara diimport dari beberapa negara dan kita import dalam mata wang USD jadi bila ringgit jatuh, harga barang-barang import semakin tinggi. Bila gaji tidak naik dan harga barang semakin meningkat, keadaan memang susah untuk pulih."   

Bagaimanapun, projek pengangkutan awam yang sedang pesat di kawasan bandar dijangka boleh membantu orang ramai termasuk subsidi perumahan dalam bentuk berbeza.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu juga menyebabkan ramai hilang pekerjaan. Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) tahun ini mendedahkan kurang lapan peratus rakyat Malaysia mempunyai simpanan yang cukup untuk tidak bekerja selama enam bulan.

Dengan Bajet 2017 yang bakal diumumkan 21 Oktober ini, Muhammed berkata kerajaan masih mampu membantu rakyat. 

"Masih ada beberapa perkara yang kerajaan boleh buat. 65 peratus rakyat Malaysia makan gaji dan dalam keadaan ekonomi tidak berkembang dan kadar pengangguran yang tinggi, kerajaan harus melakukan sesuatu untuk melindungi pekerja.

"Bagaimana kita boleh melindungi mereka? Dengan insuran pengangguran. Insurans ini tidak akan tertakluk untuk semua, untuk orang yang bergaji RM4,000 dan kebawah, contohnya, dan kerajaan boleh menggunakan kaedah seperti SOCSO.

"Apabila kami membuat kira-kira, kaedah ini menjimatkan kerajaan dan pekerja sekaligus, hampir tiada kos. Kerajaan hanya perlu bayar premium dalam RM0.20 sen sehari manakala pekerja dan majikan boleh mencarum kurang dari RM5 sehari bersama.

"Dengan ini nasib pekerja boleh dilindungi terutama apabila keadaan ekonomi tidak memberansangkan," katanya.

Selain itu katanya, apa yang boleh dilakukan ialah naikkan pendapatan, bantuan rakyat satu Malaysia secara bersyarat dan mengubah struktur pasaran dengan memecahkan monopoli bagi mengurangkan harga barang.
-Astro Awani

Thursday, 22 September 2016

[FOTO] Siapa Gadis Viral Berusia 16 Tahun Yang Bergaya Mengalahkan Model Ini? Ada 75K Followers Di IG!

Ulun Tokou Times |  Media Sosial

Semalam, seorang gadis yang baru berusia 16 tahun menjadi viral di laman sosial Facebook. Gadis ini turut mempunyai pengikut yang ramai di Instagram sehingga mencecah 75K. Fuyoo. Banyak tu! Yelah,  baru 16 tahun dah pandai bergaya dan nampak kemas kut.

Namun, rata rata yang memberi respon semuanya tak percaya gadis ini baru berusia 16 tahun. Haa. Kenapa agaknya tak percaya? Terlebih cantik ke? Jom usha gambar gadis ini!

Hai semua!

Gadis ini dikenali sebagaitheaireennatasya di laman sosial Twitter dan Instagramnya. Bergetar tulang rusuk tak para jejaka di luar sana?

Pakai baju sekolah pun cantik!

Gadis yang bernama Aireen Natasya ini katanya bersekolah di Smk Gombak Setia. Haa. Jangan ada yang usha Aireen di  sekolah pulak ye.

Ada gaya model tak?

Kalau tak puas tengok gadis ini, boleh la ikuti dia di laman sosial Instagramnya!

Sumber : Aireen Natasya

www.ohbulan.com/foto-siapa-gadis-viral-berusia-16-tahun-yang-bergaya-mengalahkan-model-ini-ada-75k-followers-di-ig