Thursday, 11 August 2016

Sebuah Perjalanan Yang Panjang

Memang sudah sekian lama, aku nak kongsi tentang kerja aku sekarang ni. Banyak kisah menarik dan suka duga aku lalui selama hampir 3 tahun lebih bawa kereta prebet sapu ni.

Macam-macam jenis orang aku kenal, macam-macam benda aku belajar dan macam-macam perkara juga yang aku tahu. Yang pentingnya aku dapat belajar banyak benda.

Siapa tahu, siapa kenal tentang aku ni klu di Papar. Tidak ramai yang betul-betul kenal pun. Yang orang tahu, aku bawa kereta prebet sapu saja. Siapa juga yang percaya bahawa aku ni ada, Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial (2003), Komunikasi dengan Kepujian dari UMS. Hakikatnya itu lah, buat masa ini, aku hanya kerja bawa kereta prebet sapu. Tp aku tak kisah pun tentang itu, pada aku yang penting aku berusaha.

Cari kerja, memang cari kerja, benda tu dah jadi rutin untuk aku. Mcm-mcm kerja sudah apply, banyak sudah interview aku pernah pergi. Tp ya lah, aku tetap berbalik bahawa belum rezeki lagi.

Yang pentingnya, hidup perlu sentiasa termotivasi dan bermotivasi. Yang penting usaha itu perlu sentiasa ada. Cabaran itu perkara biasa, hidup mana yang tiada cabarannya.

Kadang-kadang sedih juga, di kala kita berusaha untuk menaikkan nama diri sendiri, ada juga sahabat-sahabat tidak faham apa yang sebenarnya cuba aku lakukan. Malahan dihentam habis-habisan. Apa salahnya, support lah orang-orang macam aku ni. Kita tetap ada, matlamat kita masing-masing. Kamu sudah berjaya, senanglah nak berlagak kan. Untuk orang-orang yg seperti aku ni, terpaksa merangkak mengejar kehidupan. Tp itu semua tetap menjadi kekuatan semangat buat aku, walaupun kadang-kadang aku jadi down juga.

Siapa lah tahu, di kala aku berusaha penuh semangat ini, kadang-kadang hidup tetap terbatas dengan kesibukan kerja dan wang ringgit. Ya lah untuk orang kerja mcm aku ni, kalau kerja ada penumpang, baru ada pendapatan, kalau tidak kerja, tiada lah pendapatan aku. Sebab itu, selalunya banyak benda tu terbatas juga.

Cumanya syukur alhamdulillah, hasil titik peluh itu lah aku bayar ccm kereta ku, RM384 sebulan. Dapat juga bagi duit sikit-sikit untuk isteri aku. Walaupun dia pun ada kerja sendiri, guru sekolah di SK Mandahan.

Sebenarnya isteri aku ni junior lagi dari aku, aku sudah tahun 3 di UMS, dia baru tahun 1. Tp rezeki dia dapat kerja kan. Walaupun aku mcm ni, dia lah yang sentiasa memberi semangat dan dorongan buat aku. Thank you syg.

Pendapatan bawa kereta prebet kereta sapu ni tak menentu. Adalah kalanya, wow mcm tak percaya juga boleh dapat sampai RM300 sehari tapi tak selalu lah. Standard dapat RM50-RM60 mcm tu lah. Ada juga masa-masanya langsung tiada. Tp alhamdulillah, dapat juga lah bayar ccm kereta. Cuma bestnya ada duit hari-hari. Itu saja. Klu setakat duit rokok, reload dan makan minum tu, InsyaAllah lepas.

Kadang-kadang rasa sedih juga dengan diri sendiri, ya lah, kawan-kawan lain kebanyakannya sudah berkerjaya, ada yang sudah jadi pegawai gred N44 lagi. Aku masih juga macam ni. Cuma aku tetap berpegang pada hakikat, belum rezeki. InsyaAllah sampai masanya, rezeki itu pasti ada.

Tapi aku tahu kawan-kawan aku baik2 semua, mereka sentiasa memberi semangat. Sebab itu lah, dalam kerja aku sekarang ni, aku jumpa macam-macam orang juga, tapi aku sentiasa menghargai sesiapa pun yang sudi menjadi kawan aku. Ya lah, bawa prebet sapu, macam2 jenis manusia yg kita jumpa.

Ada yg jenis baik hati, ada yang jenis ambil kesempatan sebab kita baik, jenis yang penipu pun ada, ada jenis yg berkira, jenis yg temberang mahu mampus pun ada dan macam-macam jenis orang lah. Tp alhamdulillah, setakat ini, aku jumpa orang-orang yang baik belaka. 

Banyak yang cakap, kenapa ko tak business saja sham. Hihihi, setakat ni. Sudah 3 kali mencuba business. Ada kedai sendiri lagi. Tp ya lah, rezeki tu belum ada lagi. InsyaAllah akan datang, aku tetap akan business juga, sebab aku mmg minat business. Cita-cita aku nak buka supermarket jak. Mudah-mudahan suatu masa tercapai nanti.

Satu lagi yg ramai tak tahu, aku sebenarnya pernah sanggup study master di UMS, tp sayang dan sedih tidak dapat diteruskan sebab aku kehabisan duit untuk meneruskannya. Padahal sudah separuh jalan. Sudah kumpul data, tinggal analisis lagi kemudian baru bentangkan saja. Takpa, InsyaAllah ada duit nanti akan tetap meneruskannya sampai peringkat phd. Aamin.

Semoga hari-hari esok itu, aku sentiasa dimurahkan rezeki, berpeluang mencapai cita-cita aku.

Perjalanan panjang ini, mengejar aku erti kesabaran dan ketabahan. Siapa tahu, hakikatnya orang-orang macam aku, siapa nak pandang pun. Tp terima kasih kepada isteri aku yang sentiasa memberi semagat. Buat adik2 dan kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat dan dorongan. Terima kasih juga kepada kawan2 yg ikhlas bersahabat dgn aku, terutamanya keluarga besar Kelab Ulun Tokou Sabah.

Semoga esok-esok yang mendatang memberi mimpi indah buat aku.

Assalamulaikum Semua.

(p/s:Aku ni suka menulis. Dulu aku ada juga blog, tp lama sudah ditinggalkan. InsyaAllah mulai sekarang, aku nak menulis semula. Fokus penulisan adalah tentang kisah hidup kerja aku bawa kereta prebet sapu, isu semasa dan cerita2 politik).

Ulun Tokou Times

No comments:

Post a Comment