Wednesday, 24 August 2016

Kita ada masih berbanding mereka tiada.

Alhamdulillah, walaupun hidup kita ni tekadang takda best sangat. Tapi kita tetap meneruskan kehidupan seharian, terus berusaha, terus bekerja dan masih lagi sihat walafiat.

1. Kita masih lagi bangun pagi, dapat minum kopi, sarapan dan dapat pergi bekerja.

2. Kita masih diberi peluang rezeki dengan adanya peluang pekerjaan buat kita. Bayangkan jika kita tiada kerja. Tentu susah kan sebab ramai sahabat-sahabat kita masih menganggur.

3.  Kita masih lagi ada rezeki makan minum, dapat beli belanja dapur dan yang paling pentingnya kita tidak berlapar. Ada juga sahabat-sahabat kita yang belanja makan minum pun kurang, belanja dapur tidak cukup dan terpaksa menahan lapar.

4. Kita masih diberi kesihatan tubuh baik yang baik. Alhamdulillah. Kita tetap dapat bekerja mencari rezeki. Bayangkan kalau kita sakit, macammana hendak bekerja. Ada juga yang gaji berbelas ribu tapi terpaksa menggunakan sebahagian besar gajinya untuk menanggung kos perubatannya.

5. Kita masih punya kehidupan yang selesa. Tinggal dirumah, dapat tidur dengan selesanya. Paling kurang pun, mungkin ada bilik sewa sendiri. Setelah penat bekerja, kita dapat peluang merehatkan diri dengan tenang dan selesa. Ada juga kawan-kawan yang tiada rumah, menumpang rumah kawan-kawan dengan keadaan yang tidak selesa.

6. Kita masih ada sesuatu berbanding orang lain yang mungkin tiada memiliki apa-apa. Contohnya, kita ada rezeki dapat anak, tapi ada orang yang sudah sekian lama kahwin tapi rezeki anak lagi.

7. Kita masih ada orang yang menyayangi kita. Punya suami/isteri, punya ibubapa, punya keluarga, punya kekasih yang sentiasa menyayangi dan baik dengan kita. Bayangkan orang lain, dapat suami jahat suka pukul isterinya, atau dapat isteri yang queen control. Ada juga kalangan kita yang tiada ibubapa sudah. Ada juga yang tidak punya kekasih. Sampai ke tua hidup membujang. 

Alhamdulillah, ada banyak lagi kalau hendak diseneraikan. Yang penting bersyukur lah dengan apa yang kita ada dan miliki. Itu adalah salah satu nikmat kehidupan yang tidak ada pada orang lain.

(p/s: Hidup ini punya banyak pilihan. Masing-masing pun punya jalan cerita kehidupan kita sendiri. Yang pentingnya kita gembira dengan kehidupan yang kita lalui sehari-hari. Walaupun hidup ni taklah best sangat tapi kita tetap meneruskan kehidupan ini apa adanya).

Klu aku kaya, InsyaAllah aku pasti akan beri sebuah kehidupan yang lebih baik untuk kau. Itu sekadar impian dalam anganku. Tapi siapa tahu diizinkan tuhan suatu masa.

Ulun Tokou Times

No comments:

Post a Comment