Hari ni, alhamdulillah. Ada juga rezeki sikit last minit, ada penumpang dr Pekan Papar ke Kimanis. Ada juga pendapatan RM25. Pagi tak keluar, rasa tak berapa sihat. Petang baru keluar, itu pun jam 4. Itu saja kelebihan kerja sendiri ni, ikut suka hati, nak keluar kah, tak nak keluar. Hahaha.
Macam ni lah kehidupan aku, kerja bawa kereta prebet sapu di Pekan Papar ni. Pekan Papar ni, sebuah pekan kecil, kira-kira 40km dari Kota Kinabalu. Orang pun takda lah ramai sangat.
Pengangkutan awam ada, teksi dan bus. Terdapat juga prebet sapu mcm sy dalam 7-8 buah kereta. Yang lain ada van-van yang masuk ke kawasan kampung-kampung. Teksi pun tak banyak, tak sampai 10 buah.
Kerja bawa kereta prebet sapu ni boleh lah. Orang dah ramai kenal juga. Kadang-kadang tu bergantung juga dengan regular costumer atau oncall. Klu setakat harap penumpang yang ada di pekan Papar memang kurang sikit. Ialah terpaksa juga bersaing dengan teksi kan. Kami di sini, memang tak kacau teksi. Durang pun tahu kami tak ambil penumpang durang klu masa ada teksi.
Sy ni bukannya taknak cari kerja, dah puas cari dah. Tp mgkn belum rezeki kan. Mudah2an suatu masa aku dimurahkan rezeki, ada kerja yang baik.
Hidup mesti diteruskan, mengeluh pun takda feadahnya. Yang penting kita mesti tetap berusaha. Dugaan tu biasa lah. Mana hidup yang tiada dugaannya kan.
Orite, kita sambung esok lagi, secebis cerita ku.
No comments:
Post a Comment