Satu aspek kehidupan yang kadang-kadang menyentuh hati dalam kerja aku ni, ialah jumpa macam-macam jenis manusia yang susah. Yang takda duit, yang ditinggalkan suami, yang ditinggalkan kekasih, lari dari tempat kerja sebab tak dibayar gaji atau gaji yang murah, orang kena tipu, orang takda duit makan, orang takda duit tambang. Macam-mcam manusia yang pernah jumpa.
Yang gaduh laki bini pun ada dalam kereta. Aku senang saja tu, ko penumpang dalam kereta aku, korang nak bergaduh kah, nak berapa ka, boleh. Tp jangan dalam kereta aku. Hahaha.
Lepas tu, ada cerita yang selalu kita lihat dalam drama-drama melayu saja, tapi terjadi real depan mata. Contohnya, si isteri yang mengintip suami. Kununnya si suami ni curang. Ada dua penumpang pernah catar aku untuk mengintip suami durang. Yang seorang tu, 3 kali pernah catar untuk intip suaminya. Yg seorang tu sekali. Tapi dari kerja mengintip tu, takda pula terjumpa suami yang kantoi ada perempuan lain. Hahaha.
Aku pun lega juga, ya lah, kalau betul-betul terjumpa time suaminya berdating, tak tahu lah apa nak jadi kan. Hahaha.
Kadang-kadang perempuan ni emosi saja yang lebih-lebih, fikirkan yang bukan-bukan. Hihihi.
Ada pula tu penumpang yang catar tu, yang aktif business MLM ni. Pada permulaannya bukan main lagi aktif. Siap kempen aku habis-habisan lagi. Tapi hujung-hujung menghilang perlahan-lahan. Sekali terjumpa, macam tu saja juga. Tak berjaya pun. Hahaha. Bukan aku mengutuk, aku sentiasa support mereka-mereka, bagi kata semangat. Tapi sehingga saat ini, belum ada lagi penumpang aku yang berjaya dalam MLM ni. Hangat-hangat tahi ayam saja bha.
Nak business ni, tak kira lah apapun jenis business. Semangat juang tu kena tinggi. Bukan setakat, sehari dua, lepas tu lemah semangat. Klu jenis macam tu, baik tak payah. Kerja saja lah. Terima gaji bulan. Hahaha. Jangan berangan jadi jutawan tapi hangat-hangat tahi ayam.
Tapi apapun, aku puji semangat juang kawan-kawan yang kerja macam aku ni, prebet sapu. Tak kira apa keadaan memang tak kenal putus asa penat dalam cari duit ni. Tapi next posting aku cerita tentang kawan-kawan seperjuangan yang bawa prebet sapu ni.
Pada aku, apa yang penting adalah kita kena lah bersyukur selalu InsyaAllah. Sebab kadang kita selalu lupa untuk bersyukur, padahal banyak nikmat Allah beri untuk kita sebenarnya.
Ulun Tokou Times
No comments:
Post a Comment