Assalamulaikum
Ini lah kehidupanku, cari rezeki. Selama ini tidak ramai tahu apa pekerjaanku. Kali ini aku ingin kongsikan tentang kisah kehidupanku tentang pekerjaaanku.
Aku adalah graduan UMS tahun 2003 lagi, Program Komunikasi Sains Sosial bidang kewartawanan. Tp itu lah setakat ini belum rezeki lah untuk kerja kerajaan.
Tp hidup tetap diteruskan, usaha mesti diteruskan. Alhamdulillah, hidup masih survive lagi setakat ini. Aku pernah business sendiri, kerja selasmen dan last sekali kerja sbg Penolong Pegawai Tadbir Sambilan di UMS.
Sekarang ni, aku kerja bawa prebet kereta sapu saja di Papar. Tak kisah pun yang penting aku tetap berusaha. Kerja ni pendapatan tak menentu. Ada kalanya sedikit, ada kalanya banyak. Kerja ni relax, tiada stress. Cuma itu saja, pendapatan tidak tetap. Yang oknya pula adalah ada duit hari-hari.
Ok lah, kita sambung story lagi esok ahh. InsyaAllah aku nak share ttg kerja aku ni.
07Hb Ogos 2016.
No comments:
Post a Comment