Assalamulaikum..
Mungkin tidak ramai juga tahu apa pekerjaanku sekarang. Hihihi. Sy hanya kerja bawa prebet sapu saja. Lama sudah sy teringin untuk kongsi kan tentang kisah kehidupan seharian dalam kerja ini. Kerja macam ni, yang bestnya adalah kerja sendiri, sendiri boss, sendiri juga kuli.
Sy adalah graduan Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial (Komunikasi) dari Universiti Malaysia Sabah tahun 2003 lagi. Setakat ini pernah buat macam-macam kerja termasuklah jadi salesmen jual macam-macam produk, business sendiri, pernah beberapa kali ada kedai sendiri.
Kedai mula-mula di Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu. Lepas tu mencuba nasib lagi di Pekan Petagas dan yang terakhir buka kedai di Kg Benoni, Papar.
Pernah juga bekerja sebagai Pembantu Tadbir N17 sambilan dan Penolong Pegawai Tadbir N27 sambilan di Universiti Malaysia Sabah.
Pernah menyambung study peringkat Ijazah Sarjana (Master), tapi disebabkan kehabisan sumber kewangan terpaksa berhenti dulu. InsyaAllah, saya akan meneruskannya nanti sehingga ke peringkat phd. Mudah-mudahan ia tercapai nanti. Aamiin.
Akhirnya, no choice sebab takda kerja time puasa 2013 tu sy start lah buat kerja bawa kereta prebet sapu sampai sekarang ni 2016. Alhamdulillah, rezeki takda lah banyak tapi bolehlah. Cukup-cukuplah untuk bayar ccm kereta dan belanja dapur dan makan minum.
Pada sy tak kisahlah yang penting berusaha. Dalam masa yang sama, tetap juga isi permohonan online Spa8, kalau ada iklan-iklan kerja pun tetap juga isi. Sepanjang tempoh itu sudah berpuluh kali, mungkin beratus pun ada, tak terkira sudah permohonan cari kerja ni. Yang kena panggil interview pun memang tak terkira, cuma rezeki tu belum ada saja. InsyaAllah rezeki itu pasti ada. Cuma belum sampai masa rezeki untuk ku.
Kerja prebet sapu ni sebenarnya sy rasa tidak memberi banyak perkembangan minda buat sy. Langsung tidak mencabar. Yg mencabarnya, cuma kalau hujung bulan ccm kereta masih tak cukup. Hahaha. Faham-fahamlah pendapatan tidak tetap ni, kalau gaji bulan tu memang lah kn.
Sebab itu lah, sy memilih aktif dalam NGO Kelab Ulun Tokou Sabah. NGO ini bermula dari kumpulan Facebook Kami Anak Bisaya Sejati. Yang kemudiannya sy daftarkan dengan pendaftar pertubuhan dengan nama Kelab Ulun Tokou Sabah. Alhamdulillah sudah setahun lebih NGO ini bergerak.
Dengan NGO ini sy dapat kenal ramai orang, dapat berkenalan dengan ramai kawan-kawan orang sebangsa ku, suku kaum Bisaya. Atleast dapat juga sy melakukan bermacam aktiviti dan program bersama-sama mereka.
Serius sy respek dengan sahabat-sahabat dalam Kelab Ulun Tokou ni, mereka semua memang komited dalam apa jua aktiviti. Sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit dalam apa jua aktiviti dan program. Salute to all of you.
Itu lah sebahagian kisah hidup ku sekarang. Perjalanan sy masih jauh lagi. Cita-cita sy ingin menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan menjadi seorang ahli politik. InsyaAllah, pasti tercapai juga.
Isteri sy selalu cakap, takpa bang, angan-angan tu free saja. Hahaha. Apapun dia lah penguat semangat hidupku. Biar pun sy macam ni, dia sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk sy terus kuat menghadapi hari-hari mendatang.
Sekarang ni sambil kerja, sy aktif juga dalam media sosial di Facebook terutamanya status-status politik pro BN. Kebiasaannya copy paste status orang, Barisan Nasional Info WhatsApp dan beberapa status sendiri.
Pada sy berpolitik ni terpulanglah kepada pandangan masing-masing. Terpulanglah kepada parti mana yang kita percayai samaada pro BN atau pro pembangkang. Yang pentingnya berpolitik secara matang dan hormat menghormati sesama kita.
Sy tahu ramai kawan-kawan yang tak suka dan setuju dengan pandangan politik sy. Sy menghormati pandangan politik sahabat-shabbat, sebab itu sy tiada komen status sahabat yang pro pembangkang. Lagipun jika berdebat di media sosial ini, tiada akhirnya sebab keadilan di mata kita itu adalah berdasarkan di mana tempat kita berdiri dan sokong. Maka sudah pasti lah pendapat kita itu ada baisnya kearah yang kita sokong.
InsyaAllah bertemu lagi di lain cerita. Peace yew.
Ulun Tokou Times
No comments:
Post a Comment