Monday, 22 August 2016

Luangkan masa bersama my babe

Ini lah kereta cari duit aku. Viva 850, tahun 2013. Dekat 4 tahun lah. Setakat ni alhamdulillah, performance still ok. Overhaul enjin sudah sekali, sebab makan minyak hitam. Disebabkan kereta hari-hari jalan, maka timingbelt dan clutch lining memang tiap-tiap tahun tukar.

Pagi ni luangkan masa dengan kereta sekejap, kotor sangat sudah. Kesian babe aku ni comot sangat. Dulu-dulu masa tak lagi jadi prebet sapu, hari-hari di kilat kan. Hahaha. 

Disebabkan dulu wife aku mengajar di Tenom dan kena melalui jalan berbukit tinggi, Kimanis-Keningau, so aku buat sedikit lah supaya kereta ni stable dijalan selekoh-selekoh dan pick kuat. Tukar lowerd spring dan pasang 4 point fender stabilizer. Untuk pick up yang lebih baik, extractor pun aku dah tukar, piping exzos pun dah tukar pakai paip 1.5 inci dengan satu tabung tengah dan mufler di belakang. Untuk memantapkan pick up, air filter racing pun aku pasang. Untuk pick up, jalan berbukit dan selekoh memang oklah buat masa ni. 

Next projek kereta ni kalau ada duit lebih mungkin tukar enjin atau pasang turbo. Hahaha. Mudah-mudahan ada rezeki lah. Aamiin. 

Untuk menyedapkan telinga, aku buatlah sound. Pakai pemain mp3 Pioneer, 4 Band Equalizer, Power M, satu speaker bass dan speaker di empat-empat pintu aku pasang speaker mid the punch. Boleh lah untuk sedap-sedap telinga dengar kan. Hahaha. 

Kurangnya saja sekarang, aku tak pakai sport rim. Minat sebenarnya pakai sport rim, rota atau bbs tapi selagi kerja jadi prebet sapu ni, tak perlu lah pakai sport rim nanti tak pasal-pasal rim bengkok. Tau-tau lah semua tempat jalan saja. Tak kisahlah jalan grable ka, berlubang kah. Hentam saja. Hahaha. 

(p/s: Dream car aku dulu Mitsubishi Lancer Evolution, tapi bila lah nak merasa kereta tu kan).  

Ulun Tokou Times

No comments:

Post a Comment