Wednesday, 31 August 2016

Zika Masuk Malaysia: 5 perkara anda perlu tahu

Ancaman Zika kini sah melanda Malaysia, dengan seorang wanita dari Klang yang baru pulang dari Singapura disahkan positif sebagai kes pertama di negara ini.

Anak wanita berkenaan di Singapura dilapor turut dijangkiti virus Zika, namun ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura, didapati negatif.

Sebelum kes ini lagi, kebimbangan jelas semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia ekoran penularan kes Zika di negara-negara jiran.

Di Singapura, seorang wanita hamil antara 24 kes Zika terkini yang dikesan di sana, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 115 kes di Republik itu. Kerajaan negeri Johor sebelum ini telahpun mengambil langkah mempertingkatkan kawalan di enam pintu masuk sebagai langkah berjaga-jaga.

Di Thailand pula, jumlah kes Zika semakin meningkat dengan 97 orang didiagnos dengan penyakit itu dalam tempoh separuh pertama tahun ini.

Virus Zika

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, berkata kementeriannya mempunyai pakar dan kemudahan yang cukup untuk mendepani sebarang kemungkinan.

"Virus itu sampai atau tak sampai, mereka yang sudah dikesan positif akan dimasukkan ke dalam wad dan tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan jangkitan virus itu kepada individu lain. 

Semua hospital utama di negara ini mempunyai unit kawalan penyakit berjangkit dan diketuai oleh Ketua Pakar Jangkitan Penyakit Malaysia, Dr Christopher Lee dan kita mempunyai pakar di seluruh negara untuk merawat penyakit ini," katanya ketika sidang media khas pada Isnin.

Virus Zika dikesan kali pertama pada spesis monyet sekitar 1947. Ia kemudiannya tersebar secara besar-besaran di Amerika, selepas jangkitan pertama kali dikesan di Brazil pada Mei tahun lalu.

Berikut, lima perkara yang anda perlu tahu tentang Zika:

1. Apakah virus Zika?

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).

Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.
 

Q: What is #Zika?
A: Zika is a virus spread to humans by Aedes mosquitoes, the same mosquitoes that spread dengue, chikungunya, yellow fever

— WHO (@WHO) January 22, 2016

Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.

Namun, mereka percaya kecacatan ini mungkin ada kaitan dengan wabak Zika.
 

Dr Chan: Although a causal link between #Zika in pregnancy & microcephaly has not been established, the circumstantial evidence is worrisome

— WHO (@WHO) January 25, 2016


2. Bolehkah jangkitan Zika dirawat?

Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.

Q: How is #Zika treated?
A: The symptoms of Zika can be treated w/ common pain & fever meds. There is currently no cure or vaccine for Zika

— WHO (@WHO) January 22, 2016

Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.

3. Bagaimanakah ia merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis.

Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washington DC yang bercuaca panas.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

4. Siapa berdepan risiko paling tinggi?

Bayi dalam kandungan paling berisiko sekiranya si ibu dijangkiti virus Zika.

Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Kesan Zika
Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

5. Langkah-langkah pencegahan

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM:

Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambuElakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuhSekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pihaknya akan terus mempertingkatkan pemantauan jangkitan virus Zika di Malaysia.

Pada masa sama, orang ramai juga dinasihati untuk mempertingkatkan aktiviti mencari dan memusnah bagi mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya.

-Astro Awani

Ulun Tokou Times

Harga runcit RON95, RON97 turun 5 sen, diesel kekal - KPPK

KUALA LUMPUR:  Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 bagi bulan September turun 5 sen, manakala diesel kekal seperti pada harga bulan Ogos berkuat kuasa tengah malam ini.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) mengesahkan perkara tersebut kepada media menerusi pesanan aplikasi WhatsApp.

Bermula 1 September, harga runcit RON95 ialah RM1.70 seliter manakala harga runcit bagi RON97 ialah RM2.05 seliter.

Harga runcit diesel pula kekal pada RM1.70 seliter.

Pada Julai lalu, harga runcit petrol buat pertama kali mengalami kenaikan sejak April lalu apabila ketiga-tiga bahan berkenaan naik 5 sen berkuat kuasa 1 Julai.

Harga runcit petrol sejak April lepas adalah RM1.70 seliter bagi RON95, RM2.05 bagi RON97 manakala diesel dijual dengan harga RM1.55 seliter.
-Astro Awani.

Ulun Tokou Times

Tuesday, 30 August 2016

Sekitar Semangat Merdeka

Sambutan Hari Kemerdekaan hari ini yang ke 59.

Malaysia Sehati Sejiwa.

Sy kumpul beberapa gambar dari fb, semangat merdeka.

Syukur Kita Sentiasa Bersama
Saling Menjaga Sesama Kita

Ulun Tokou Times

Harus Punya Keberanian

Mengutip kata-kata seorang tokoh pejuang rakyat dan sasterawan Indonesia pada era penjajahan Belanda dulu, iaitu Pramoedya Ananta Toer yang berbunyi;

“Dalam hidup kita, cuma satu yang kita punya, iaitu keberanian. Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini?”

'Berkolek di laut gelora ditongkah,
Singgah sejenak di Pulau Kundur,
Sekali melangkah terus melangkah,
Biarpun rebah pantang berundur'

Kdt: Ketua Biro Tatanegara FB

Ulun Tokou Times

Iklan Merdeka Petronas 2016

Iklan Merdeka Petronas 2016
Take Care
To Malaysian With Love

Petronas sememangnya terkenal dengan iklan-iklan terbaik di masa apa jua perayaan di Malaysia ini. Untuk sambutan Merdeka ke 59 ini, iklan petronas membawa tema Take Care, To Malaysian With Love. Iklan ini mengambarkan ciri masyarakat majmuk di Majmuk yang sarat dengan mesej tersiratnya. 


Masa sy kerja di Universiti Malaysia Sabah dulu, boss saya Prof Dr Yeo Kiam Beng, selalu akan berpesan dengan saya "You Take Care ya". Dengan kerja saya sekarang ni pun, saya akan berpesan kepada penumpang saya "Bha baik-baik kita". Pada sy dalam erti kata lainnya kita mendoakan yang baik-baik kepada orang lain. 

Semoga kita sentiasa menjaga kemerdekaan yang kita kecapi selama ini dengan mengekalkan semangat perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. InsyaAllah. Terima kasih kepada para pejuang kemerdekaan Malaysia kerana mereka lah kita mengecapi kemerdekaan yang kita ada hari ini. 

Syukur Kita Sentiasa Bersama
Saling Menjaga Sesama Kita

Salam Kemerdekaan ke 59. Sehati Sejiwa
Ulun Tokou Times

Sayalah yang naikkan bendera Tanah Melayu 31 Ogos 1957

Sebahagian daripada tugas hakiki Mohd Sarif Kalam memerlukan beliau menaikkan bendera Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tatkala adanya majlis rasmi.

Bersama rakan setugas lain, beliau akan sentiasa memastikan tidak berlakunya sebarang ‘kecacatan’ yang akan merosakkan upacara yang sedang berlangsung.

Namun, pada tanggal 31 Ogos 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan mencapai kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pesara tentera laut berusia 79 tahun itu merasa sedikit kelainan.

Keseluruhan tubuhnya gemuruh malah hampir menangis kerana terlalu sayu menyedari dirinya berada di tengah lautan manusia untuk melaksanakan satu-satunya tanggungjawab yang baginya tidak akan berulang, katanya dalam temu bual di kediamannya di sini baru-baru ini.

Katanya, tugas itu lebih berat berbanding hari biasa kerana perlu menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu (yang kini dikenali sebagai Malaysia dan bendera dikenali sebagai Jalur Gemilang) secara rasmi buat pertama kali untuk dipersembahkan kepada orang ramai.

Sebelum itu, Mohd Sarif hanya melihat proses-proses pembuatan bendera itu dari jauh sewaktu menjalani latihan menaikkan bendera berkenaan di Depoh Latihan Polis (kini Pusat Latihan Polis) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

“Pakcik berkampung empat hari tiga malam di Depoh itu untuk memastikan latihan menaikkan bendera Malaysia berjalan lancar dan pada kesempatan itu, pakcik melihat bagaimana ia (bendera) dibuat.

“Memang rasa bangga kerana menjadi antara orang yang pertama melihatnya, namun pakcik rasa pelik kerana perasaan (bangga) itu belum cukup menyengat.

“Sampailah bila tiba detik bersejarah, perasaan semangat itu lain, tambahan lagi bila kedudukan kita berada di tengah padang, dikelilingi orang-orang kenamaan termasuk Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

“Ia menjadikan detik itu lebih bermakna kerana semua orang tertumpu kepada arah bendera Malaysia,” kata Mohd Sarif.

Katanya, beliau bertuah kerana diberi kepercayaan yang tinggi oleh ketua unitnya untuk melaksanakan tanggungjawab itu, walaupun pada hakikatnya beliau hanyalah seorang laskar biasa di bahagian komunikasi TLDM ketika itu.

“Pakcik dipilih melakukan tugas itu ketika baru berusia 20 tahun dan sudah dua tahun bekerja.

“Mujur, pakcik dibantu dua lagi individu bersama pakcik ketika itu iaitu pegawai bentara kanan (Awang Mohd Salleh) dan laskar kanan TLDM (Oliver Culvelt Samuel) dan kami melakukannya dengan sempurna sekali sambil diiringi nyanyian lagu Negaraku,” kata beliau yang berasal dari Batu Pahat itu.

Mohd Sarif berkata setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan TLDM pada 16 April 1987, beliau kerap menceritakan kembali detik-detik berkenaan dengan masyarakat sekeliling termasuk anaknya serta saudara-mara.

Menurutnya, perkongsian beliau itu sebagai mengingatkan golongan muda agar lebih menghargai dan memahami sebaiknya erti kemerdekaan setelah pejuang negara bertungkus-lumus menghadapi pelbagai konflik ketika menghadapi penjajahan asing dan konfrontasi bermula era 1940-an hingga 1960-an.

Sumber: www.budijagat.com/2016/08/sayalah-yang-naikkan-bendera-tanah.html?m=1

Ulun Tokou Times

UMNO Sabah ikrar rampas semula DUN Klias

BEAUFORT: UMNO Sabah berikrar menawan kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias yang dimenangi PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu.

Ikrar itu disuarakan Ketua Menteri yang juga Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada majlis perasmian serentak persidangan UMNO Sabah Zon Tiga merangkumi bahagian Beaufort, Sipitang, Kimanis dan Papar, di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan turut dihadiri Menteri Luar yang juga Ketua UMNO Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Ketua UMNO Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad; Ketua UMNO Papar, Datuk Abdul Rahim Ismail dan Ketua UMNO Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih.

Musa berkata, UMNO akan memastikan kerusi DUN Klias menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.
– BH Online
Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/umno-sabah-ikrar-rampas-semula-dun-klias/

Ulun Tokou Times

Monday, 29 August 2016

44, 558 Calon Menduduki Upsr Di Sabah Mulai 1 Sept Ini

KOTA KINABALU : Seramai 44,558 calon akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 selama lima hari pada 1, 5 hingga 8 Sept ini di 1,086 pusat peperiksaan yang disediakan di seluruh Sabah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah Maimunah Suhaibul berkata daripada jumlah itu, 38,673 adalah calon Sekolah Kebangsaan; 5,543 calon bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); manakala 342 calon lagi untuk sekolah swasta.

Beliau berkata seramai 316 calon di Sabah akan menduduki Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah yang diperkenalkan untuk pelajar-pelajar istimewa dan merupakan sebahagian daripada format baharu UPSR pada tahun ini.

Pihaknya juga telah melantik seramai 5,947 petugas peperiksaan bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), katanya dalam sidang media di Wisma Pendidikan Sabah di sini hari ini.

“Jangan ada berlaku sebarang kebocoran (soalan peperiksaan). Semua petugas hendaklah mematuhi SOP dan garis panduan ditetapkan walau sekecil manapun SOP itu. Tindakan tatatertib akan diambil jika petugas peperiksaan tidak mengikuti SOP kerana ini adalah sebahagian daripada tugas rasmi mereka,” katanya.

Maimunah berkata pihaknya juga menyediakan pelan kontingensi dan persediaan jika berlaku sebarang musibah semasa peperiksaan berlangsung, antara lain, menggerakkan peranan Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Peperiksaan Awam negeri agar calon boleh terus menduduki peperiksaan itu.

Beliau berharap semua calon UPSR di Sabah bersiap sedia menjawab soalan peperiksaan itu, yang diperkenalkan dalam format baharu pada tahun ini, sejajar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

“Saya ingin mengingatkan kepada ibu bapa agar memastikan anak mereka hadir awal ke pusat peperiksaan dengan kelengkapan peperiksaan secukupnya. Sentiasa memberi semangat kepada mereka dalam menghadapi peperiksaan ini,” katanya.
— BERNAMA
Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/44558-calon-menduduki-upsr-di-sabah-mulai-1-sept-ini/

Ulun Tokou Times

Itu Bangkul, Kau Angkat Sendiri lah. Saya Tengok Saja.

Retorik Kehidupan

Kita hadir sebagai sokongan moral. Tak berminat pun nak terhegeh-hegeh sangat. Itu bukan cara saya bang. Sy tak berminat kalau sekadar ikut-ikutan memeriahkan suasana semata-mata.

Selama ini, sudah biasa berdiri sendiri. Biasa dikritik, biasa juga dihentam kiri dan kanan, biasa juga dilayan, mahu tidak mahu sahaja. Benda-benda begitu normal lah. Saya sentiasa bersikap positif walaupun ada kalanya boleh buat saya down tapi kalau kita layan sangat, sampai bila pun kita takkan maju ke hadapan.

Moga-moga dimasa akan datang, bila saya berjaya, saya tidak akan lupa diri. Biarlah hamble dan steady seperti sekarang. Itu semua sebagai pengajaran yang berguna buat saya.

Apa yang penting perkara yang kita perjuangkan. Semangat mesti sentiasa ada. Cabaran itu perkara biasa. Mana ada hidup tiada cabarannya dan percaya lah dalam hidup ini kita tak mampu buat untuk semua orang suka kan kita. Mesti ada juga tak suka kita.

Cuma saya selalu mengambil sikap menjaga hati orang, walaupun hakikatnya kadang-kadang sendiri yang sakit hati juga. Biarlah dikritik habis-habisan saya sebolehnya akan komen yang sebaik-baiknya. Tapi hairan juga kadang-kadang ada sahabat-sahabat yang dengan selamba hentam kita suka hati saja. Dia tak perasaan kah, setiap komen-komen saya itu terlalu berhati-hati. Atau mungkin saya bukan siapa-siapa bagi dia. Jadi dia peduli apa. Hahaha. Gua pun tak kisah lu siapa. Kikiki.

Ya lah sebab kita bukan siapa-siapa bagi mereka. Hanya sekelompok kecil yang berjiwa besar, yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit sendiri demi sebuah perjuangan bangsa sendiri. Sebab kami bukan bermotifkan politik.

Bagi saya, itu semua takda halnya. Angkat lah bakul itu sendiri. Saya tengok saja lah. Hahaha.

Assalamulaikum

Ulun Tokou Times

Sunday, 28 August 2016

Carnival Centre Point

Kalau anda berjalan di Centre Point, Kota Kinabalu anda akan melihat hiasan-hiasan belon api sempena Carnival Centre Point yang berlangsung dari 26hb Ogos 2016 sehingga 02 Oktober 2016 nanti.

Kebetulan wife bawa berjalan-jalan kelmarin di Centre Point. Sebelum berjalan-jalan tu kami singgah di Anjung Senja untuk menjamu selera.

Ulun Tokou Times

Sekitar Perasmian Serentak Perwakikan Umno Zon 3.

Beaufort: Perasmian Serentak Perwakilan  UMNO Zon 3 (Bahagian Papar, Kimanis, Beaufort & Sipitang) oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad untuk mempertingkatkan usaha untuk memastikan Sabah maju.

Katanya, beliau mahu memastikan kemajuan Sabah seiring dengan Semenanjung dan disebabkan itu, beliau telah meluluskan banyak projek pembangunan di negeri ini, antaranya Lebuhraya Pan Borneo, Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis dan Projek Amonia dan Urea Sabah (Samur) di Sipitang.

"Saya ingin terus mengangkat kemajuan di Sabah.

Saya telah berikrar untuk memikul amanah sebagai pemimpin untuk melihat negara ini lebih maju," 

Kelab Ulun Tokou Sabah turut hadir sebagai tanda sokongan kepada YAB PM Malaysia, Dato Seri Najib Razak. #KamiSokongPM #Tetap Najib

Terima kasih kepada semua ahli Kelab yang menjayakan program hari ini.

Ulun Tokou Times


Najib Tekad Tingkatkan Usaha Majukan Sabah.

BEAUFORT, 28 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad untuk mempertingkatkan usaha untuk memastikan Sabah maju.

Katanya, beliau mahu memastikan kemajuan Sabah seiring dengan Semenanjung dan disebabkan itu, beliau telah meluluskan banyak projek pembangunan di negeri ini, antaranya Lebuhraya Pan Borneo, Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis dan Projek Amonia dan Urea Sabah (Samur) di Sipitang.

"Saya ingin terus mengangkat kemajuan di Sabah.

Saya telah berikrar untuk memikul amanah sebagai pemimpin untuk melihat negara ini lebih maju," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Sabah Zon 3 di sini hari ini.

Zon 3 meliputi UMNO bahagian Beaufort, Kimanis, Sipitang dan Papar.

Najib juga berkata beliau sentiasa menghargai setiap pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman untuk membincangkan pembangunan negeri ini.

Perdana Menteri, yang juga Presiden UMNO, turut melahirkan kekaguman terhadap anggota UMNO Sabah yang bukan sahaja menjadi anggota parti, tetapi turut menjadikan UMNO sebagai budaya di negeri ini.

Sambil menyatakan UMNO Sabah sebagai tonggak kekuatan parti itu, beliau juga mengumpamakan kesetiaan anggota UMNO di negeri ini dengan perumpamaan "kalau kita belah badan, darah yang mengalir keluar adalah darah jati perjuangan UMNO sebenar".

"Kesetiaan anggota kepada pemimpin dan perjuangan parti merupakan nilai murni yang perlu bagi memperkuatkan lagi UMNO...UMNO Sabah kini merupakan tonggak kepada perjuangan parti walaupun merupakan 'adik bongsu' dalam parti keramat Melayu itu.

"Orang Sabah lebih setia pada perjuangan parti. Saya senang hati datang ke Sabah. Orang Sabah lebih memahami, lebih setia. Saya ucapkan terima kasih dan saya hargai orang Sabah," tambahnya.

Najib berkata kesetiaan merupakan nilai murni yang menjadi kekuatan kepada parti, sekali gus memastikan kejayaaan.

"Setia dalam susah dan senang, suka dan duka. Itulah nilai dalam UMNO yang perlu kita hayati," katanya.

-- BERNAMA
Ulun Tokou Times

Friday, 26 August 2016

Bapa Ku

Ini lah bapa ku. Orangnya cool saja. Jarang marah-marah. Tak terhurai nak kata macammana tentang bapa ni. Just want to say, sayang bapa selamanya.

Hari ni dia balik Tawau naik bus, selalunya driving dengan dmax dia. Sebulan macam tiada-tiada saja dia ulang alik driving 2-3 kali Tawau-Beaufort. Walaupun ikut jalan Kalabakan tapi tetap penat juga tu. 

-Siapa saja kawan-kawan jumpa, bapa ni memang sporting. 

Ulun Tokou Sabah

Thursday, 25 August 2016

Mental Block

PERHATIAN!!
"MENTAL BLOCK" manusia yg menjadi halangan utk berjaya!
Awas dgn perkara di bawah!

11 MENTAL BLOCK MANUSIA

1. EGO
Benda ini paling besar dalam diri manusia yang menghalang untuk anda buat sesuatu diluar kotak akal.

2. SKEPTIKAL
Selalu berfikiran negetif dan tak cuba untuk mencari atau berfikir perkara positif. "aku ni boleh ke berjaya" "boleh ke aku buat bisnes" "kalau orang kata aku macam mana".

3. TAKUT
Selalunya kita takut nak memulakan sesuatu sebab kita tak pernah mula pun tapi kita cuma lihat orang yang gagal sahaja. Takut untuk buat tindakan nak berubah.

4. TAK YAKIN
Manusia memang ada perasaan nak kan kepastian baru yakin. Diri rasa tak yakin nak buat sesuatu. Nak lakukan tindakan biasa pon tak yakin macam mana nak buat tindakan luar biasa.

5. TAK LAYAK
Belum cuba lagi dah fikir diri tak layak nak buat. Sebab dengar kata-kata negatif dari orang lain. Padahal yang nak buat keputusan tu diri sendiri.

6. SUKA BERTANGGUH
Sikap ni memang semua orang ada. "Nanti dulu lah kejap lagi pon boleh buat. Esok ke. Bukan nak ke mana pon". Tapi kalau tindakan yang lambat maka hasil pon lambat la dapat.

7. BAGI ALASAN 
Bila ditanya kau nak berjaya tak?. Semua orang cakap nak berjaya tapi alasan dia. "Aku tak pandai." "Aku tak ada masa la." Banyak alasan banyak la halangan.

8. TUNGGU DULU
Nak tunggu orang lain dah pergi jauh, dah berjaya baru nak tiru so lama-lama timbul lagi banyak alasan tunggu dulu lah aku sibuk lagi ni.

9. IKUT KAWAN NEGATIF
Berkawan dengan kawan-kawan negatif so hidup kita pon jadi negatif. Contohnya "eh jom keluar malam ni lepak dataran tengok race Ko bukan buat ape kat umah. Bini ko tidur kita keluar la." Lama kelamaan jadi habit dalam diri.

10. TAK BERSUNGGUH
Bila buat sesuatu tindakan dah bagus tapi tak bersungguh-sungguh. Bila ada ujian datang terus down. Tak nak cuba rempuhi. Last sekali putus asa.

11. SALAHKAN TAKDIR & AGAMA
Ni yang paling teruk orang yang menyalahkan takdir ni. Padahal diri sendiri yang tengah mencipta takdir tu. Kalau kita tak berusaha bagaimana kita nak nampak hasilnya. Kita sendiri yang sedang mencorakkan perjalanan dan peta kehidupan kita. Dalam AL QURAN disebut "ALLAH TAKKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN MEREKA MENGUBAHNYA SENDIRI."

APA YANG KITA FIKIR
APA YANG KITA RASA
APA YANG KITA CAKAP
APA YANG KITA BUAT

SEMUA ADALAH DOA

Entri ini adalah copypaste dari WhatsApp group. Semoga bermanfaat untuk kita bersama.

Ulun Tokou Times.