Ulun Tokou Times | Dunia
Donald Trump dan Hillary Clinton tidak berjabat tangan ketika memulakan pusingan kedua debat presiden di Washington University pada Ahad, 9 Oktober, 2016. - Foto REUTERS
ST LOUIS: Dalam debat pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, Donald Trump mengugut akan mendakwa Hillary Clinton kerana menggunakan e-mel beliau ketika menjadi Setiausaha Negara Amerika Syarikat.
Calon Parti Republikan itu mengatakan beliau akan memenjarakan dan mengawasi Clinton sekiranya memenangi pilihan raya itu dan dipilih menjadi Presiden AS.
"Sekiranya saya menang, saya akan mengarahkan peguam negara mendapatkan pendakwa khusus untuk melihat kes anda kerana tidak pernah terdapat begitu banyak penipuan dan dusta selama ini," kata Trump.
Memberi reaksi kepada kenyataan itu, calon Parti Demokrat itu dalam responsnya berkata: "Nasib baiklah seseorang yang berperangai seperti Donald Trump tidak dipertanggungjawabkan menjaga undang-undang di negara ini."
Ia membuatkan Trump membalas balik: "Anda akan berada di penjara."
-Astro Awani
No comments:
Post a Comment