Menerusi pembentangan Bajet 2017 sebentar tadi, kerajaan mengumumkan akan menggalakkan golongan yang berpendapatan tahunan di bawah RM40,000 setahun (B40) bagi memandu untuk aplikasi ride-sharingseperti Uber dan Grab.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menerusi usaha berkenaan, pendapatan sehingga RM1,500 sebulan dapat dicapai jika mereka memandu separuh masa iaitu dalam tempoh 10-40 jam seminggu dan RM4,300 jika mereka memandu melebihi 40 jam seminggu.
Jika mereka tidak mempunyai kenderaan, duit BR1M boleh digunakan sebagai bayaran pendahuluan untuk membeli Proton Iriz, dan mereka akan turut menerima rebat sebanyak RM4,000.
paultan.org/2016/10/21/bajet-2017-kerajaan-galak-golongan-b40-untuk-memandu-uber-boleh-guna-brim-untuk-bayaran-muka-proton-iriz
No comments:
Post a Comment