Tuesday, 25 October 2016

Ros Lulus Pendaftaran Parti Harapan Rakyat Sabah


PUTRAJAYA, 25 Okt (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran penubuhan parti baharu, Parti Harapan Rakyat Sabah, yang bakal diterajui bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin.

Lajim yang ditemui pemberita di ROS di sini hari ini selepas menerima sijil pendaftaran itu berkata, permohonan pendaftaran parti dengan akronim Harapan Rakyat itu dikemukakan oleh Patrick Sadom selaku pengerusi penaja yang juga presiden sementara parti itu kepada ROS pada 14 Sept lepas.

Parti yang menyasarkan penyertaan rakyat Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang menerima dasar Harapan Rakyat, katanya.

Menurutnya, 10 ketua ranting dan 80 peratus ketua cabang serta pimpinan PKR negeri yang meninggalkan parti itu baru-baru ini berikrar menjadi tonggak kepada parti baharu itu.

Parti itu menyasarkan untuk mendaftarkan 2,600 anggota dalam tempoh sebulan, katanya.

Sebelum menyertai PKR pada 2012, Lajim merupakan Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan- BERNAMA. 

Gambar: WhatsApp Group. 

Monday, 24 October 2016

Uber, GrabCar, teksi mana jadi pilihan?

KEWUJUDAN kereta sapu moden, Uber dan GrabCar ternyata mewujudkan rasa kurang senang dalam kalangan pemandu teksi.

Masakan tidak, sumber rezeki pemandu teksi iaitu penumpang, ‘dipancung habis’ oleh pemandu kereta sapu moden.

Uber dan GrabCar pula, bersaing dalam memberikan kadar tambang yang jauh lebih murah sekali gus memberi keuntungan kepada pelanggan.

Bagi pemandu teksi pula, setiap hari dilalui dengan penuh duka. Pelanggan semakin berkurangan.

Bagi memastikan situasi itu tidak bertambah buruk, pelbagai cara dilakukan oleh persatuan, syarikat mahupun pemandu teksi bagi memastikan periuk nasi mereka tidak tertutup terus.

Antara tindakan dilakukan adalah membuat desakan supaya kerajaan mengambil langkah mengharamkan terus kereta sapu moden ini.

Jika dilihat sebelum kehadiran Uber dan GrabCar, industri melibatkan teksi merupakan satu-satunya perkhidmatan awam menggunakan kereta.

[ARTIKEL BERKAITAN: 7 sebab mengapa GrabCar, Uber jadi pilihan]

Penumpang tiada ruang melakukan pilihan untuk menolak perkhidmatan teksi. Adapun kereta sapu yang ternyata salah di sisi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pernah juga terjadi di mana pemandu teksi enggan menghantar penumpang ke destinasi yang dikehendaki.

“Pakcik, boleh hantar saya ke .......”.

“Oh...saya tidak pergi ke situ. Ambil teksi lain”. Tanpa rasa bersalah, itu ayat yang terkeluar daripada mulut pemandu teksi.

Sakit hati bukan jika anda berdepan dengan situasi itu? Itulah yang terjadi sebelum kehadiran Uber mahupun GrabCar.

Selain itu, faktor harga sewenang-wenangnya diletakkan oleh pemandu teksi tanpa menggunakan meter dikenakan kepada penumpang.

“Pakcik, boleh hantar saya ke.....”

“Oh...boleh tapi RM30”. Walhal jaraknya dekat. Meter pula tutup dengan kain! Teksi ini yang perlu diajar dan diboikot. Menyusahkan pengguna dan pemandu teksi yang jujur.

Itu situasi yang berlaku sebelum ini, sebelum kehadiran Uber dan GrabCar.

Bagi meneliti apa kesan yang berlaku terhadap tabiat pemandu teksi, Sorot melakukan eksperimen.

Adakah mereka masih di tahap lama? Menjadi raja segala-galanya? Sorot ada jawapannya.

-Sinar Harian

Friday, 21 October 2016

Bajet 2017 – K’jaan galak golongan B40 untuk pandu Uber, boleh guna BRIM untuk bayaran muka Proton Iriz


Menerusi pembentangan Bajet 2017 sebentar tadi, kerajaan mengumumkan akan menggalakkan golongan yang berpendapatan tahunan di bawah RM40,000 setahun (B40) bagi memandu untuk aplikasi ride-sharingseperti Uber dan Grab.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menerusi usaha berkenaan, pendapatan sehingga RM1,500 sebulan dapat dicapai jika mereka memandu separuh masa iaitu dalam tempoh 10-40 jam seminggu dan RM4,300 jika mereka memandu melebihi 40 jam seminggu.

Jika mereka tidak mempunyai kenderaan, duit BR1M boleh digunakan sebagai bayaran pendahuluan untuk membeli Proton Iriz, dan mereka akan turut menerima rebat sebanyak RM4,000.

paultan.org/2016/10/21/bajet-2017-kerajaan-galak-golongan-b40-untuk-memandu-uber-boleh-guna-brim-untuk-bayaran-muka-proton-iriz

BRIM dinaikkan Bagi Semua Kategori Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Mengambil kira sambutan dan maklum balas yang sangat positif daripada penerima, kerajaan akan menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi semua kategori pada tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat di sini hari ini berkata pemberian kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.

“Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, pemberian BR1M akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

“Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450,” katanya ketika membentangkan bajet bertajuk ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh.’

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata tidak sekadar itu, Skim Khairat Kematian akan diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas.

Perdana menteri berkata keseluruhan program BR1M ini akan memanfaatkan seramai tujuh juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion.

BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Pada 2013, BR1M 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Pada 2014 BR1M 3.0, bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, bantuan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

BR1M 3.0 diperluas kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Dalam Bajet 2015, kerajaan menaikkan kadar BR1M 4.0 kepada RM950 daripada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dibayar secara tiga kali ansuran iaitu pada Januari, Mei dan September.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 manakala bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar itu dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.

Dalam Bajet 2016, BR1M untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000.

Pemberian BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800 manakala bagi individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400. – BERNAMA

BAJET 2017: Kerajaan Komited Laksana Projek Berpaksikan Rakyat - Najib


KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kerajaan terus komited melaksanakan projek serta program berpaksikan rakyat di bandar dan luar bandar dengan pelbagai bentuk pembangunan dan peningkatan kemudahan infrastruktur demi kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata antaranya termasuk memasang 97,000 lampu jalan dan 3,000 lampu LED di persimpangan jalan yang melibatkan 7,500 buah kampung seluruh negara.

Katanya sebanyak RM1.2 bilion pula diperuntukkan untuk menaik taraf 616 km jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar.

"Bagi menyelenggara jalan negeri, RM4.6 bilion disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS)," katanya semasa membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya sebanyak RM350 juta pula diperuntukkan untuk membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli yang mana setiap rumah diberi bantuan antara RM1,000 hingga RM15,000.

Perdana menteri berkata bagi meningkatkan penyediaan bekalan air bersih, sebanyak RM732 juta diperuntukkan yang menyasarkan 5,200 buah rumah termasuk menaik taraf sistem bekalan air Felda.

Katanya bagi menaik taraf kapasiti dan menjamin bekalan air di beberapa negeri, kerajaan menyediakan geran RM156 juta dan RM509 juta dalam bentuk pinjaman.

Sebagai tambahan, Najib turut mengumumkan Tabung Bekalan Air yang akan diwujudkan segera dengan peruntukan RM500 juta.

Bagi penyediaan bekalan elektrik luar bandar pula, Najib berkata sebanyak RM460 juta diperuntukkan dengan menyasarkan hampir 10,000 buah rumah.

Kerajaan juga katanya menyediakan RM300 juta di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia untuk membaik pulih kemudahan kawasan flat dan 113 Program Perumahan Rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Katanya sebanyak RM800 juta diperuntukkan untuk Projek Mesra Rakyat yang antaranya untuk menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil dengan keutamaan projek diberi kepada kontraktor kelas G1 dan G2 tempatan.

"Selain itu, 69 projek Rancangan Tebatan Banjir akan diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan RM495 juta," katanya.

-- BERNAMA

Monday, 17 October 2016

Video: ‘Perlu Ke Sampai Guna Cara Begini?’

BUKAN sahaja melampau dan tak berperikemanusiaan, malah dilabel sebagai ‘terlalu bodoh’ oleh netizen gara-gara menggunakan ular dalam sebuah program yang dianjurkan oleh sebuah sekolah baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook Friends Of PDRM, ia menunjukkan sekumpulan murid perempuan yang mengikuti sebuah program pembentukan jati diri menjerit ketakutan akibat dipaksa masuk ke dalam kolam yang diisi dengan seekor ular.

Tidak diketahui di mana lokasi kejadian, program melampau tersebut difahamkan sebagai latihan kononnya untuk mengatasikan ketakutan dalam diri mereka.

Kelihatan sesetengah murid menjerit dan menangis ketakutan serta ada yang langsung enggan melakukan aktiviti tersebut.

Ada yang berebut-rebut naik ke tebing sehingga menimpa rakan mereka sendiri namun salah seorang daripadanya dimarahi kerana menjerit dan turut diberikan amaran agar tidak berbuat demikian kerana jeritan seperti itu akan membuatkan ular takut.

Netizen rata-ratanya mempersoalkan, apakah kewajaran memberikan latihan seperti ini kepada murid, sedangkan terdapat pelbagai lagi cara yang lain untuk mengatasi ketakutan dalam diri mereka.

Malah, latihan pembentukan jati diri seperti itu sedikitpun tidak akan membantu murid mengatasi ketakutan tetapi akan menyebabkan mereka trauma dan fobia selain mengalami kecederaan emosi.

“Gila apa? Nak bina keyakinan dengan menakut nakutkan budak? Dimomokkan dengan ular, nak suruh budak-budak ni yakin sebagai apa? Pekebun? Penjaga zoo? Tarzan?” tulis Noonsod Rawaulam.

“Siapa yang setuju dengan cara ini memang sah bodoh tak bertempat. Nak naikkan jati diri kepala otak kamu. Tak kira ular itu ada bisa atau tidak tetapi sekali kena patuk memang akan cedera. Otak letak di mana? Suka jadi hiburan atas ketakutan orang lain?” kata Zaidin D. Faizul.

“Ini budak sekolah rendah bang, ada banyak lagi cara nak menaikkan keberanian mereka. Mereka bukan askar, ini hanya akan meninggalkan banyak kesan negatif kepada mereka,” kata Shazwan Ali.

Mynewshub ingin mencadangkan agar ibu bapa dan penjaga kanak-kanak dalam video di atas agar membuat laporan polis segera dan pihak berkuasa juga harus melihat andai wujud sebarang elemen ganguan seksual dalam kejadian itu.

Tidakan memancut air ke badan budak-budak berkenaan umpanya tidak dapat ditafsir apakah tujuan agaknya? – MYNEWSHUB.CC

NGO Buat Laporan Polis Cadangan Solat Jumaat Pada Sabtu

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) hari ini membuat laporan polis berhubung cadangan seorang aktivis untuk mengadakan solat Jumaat pada Sabtu bagi memudahkan umat Islam melaksanakannya.

Badan bukan kerajaan itu membuat laporan tersebut di Balai Polis Damansara dan menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat cadangan yang kini menjadi viral yang dianggap biadap dan menghina kesucian agama Islam.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata isu solat Jumaat pada Sabtu tidak seharusnya wujud kerana ia sudah termaktub dalam hukum agama.
-Bernama

Wednesday, 12 October 2016

Liberal cadang Tukar Solat Jumaat ke Hari Sabtu

Ulun Tokou Times | Semasa

LONDON – Fahaman liberal di United Kingdom (UK) nampaknya sudah semakin berani menetapkan ‘peraturan sendiri’ apabila mencadangkan Muslim di negara itu melaksanakan Solat Jumaat pada Sabtu.

Cadangan pemindahan hari tersebut dijalankan melalui sebuah petisyen ‘Saturday Reformist Jumaah’ yang dipercayai diketuai oleh seorang kolumnis akhbar Malay Mail Online, Farouk A Peru.

Farouk yang juga merupakan salah seorang penulis buku G25, mengatakan alasan pemindahan tersebut dinilai kerana hari Jumaat merupakan hari yang sibuk untuk golongan bekerja di UK.

Pemindahan solat Jumaat kepada hari Sabtu itu juga menurutnya dapat mengurangkan beban golongan pekerja awam dan pekerja swasta.

Bukan setakat itu sahaja, beliau turut meminta orang ramai tidak kira agama ataupun orientasi seksual (golongan LGBT) untuk bersama- sama mengerjakan Solat Jumaat.

Perkara ini membuatkan ramai netizen khususnya di Malaysia menyatakan bantahan dan menolak sepenuhnya cadangan golongan liberal ini yang jelas bertentangan jauh daripada ajaran Islam.

Bagi sesiapa yang kenali Farouk dengan lebih dekat, beliau dianggap pengamal pemikiran bebas di mana menerusi penulisan di dalam buku G25, beliau mempamerkan ‘versi’ Islam yang tidak pernah dilihat dalam keilmuan Islam.

Golongan liberal ini secara ringkasnya merupakan golongan minoriti yang mengambil ideologi yang dikemukakan oleh Barat serta mengagungkannya, bahkan mereka merasakan berada di pihak yang benar dan tidak menyeleweng.

Mereka menganggap Islam ini hanya terbatas pada ibadah sahaja. Bermakna, apabila dilaksanakan rukun islam yang lima, serta rukun iman yang enam, keislamannya sudah cukup.

Bermakna, apabila mengambil ajaran Islam separuh, pada masa yang sama, di satu sudut yang lain pula mengambil liberal sebagai neraca, maka di situlah bermulanya penyelewangan agama. – MYNEWSHUB.CC

Liberal cadang Tukar Solat Jumaat ke Hari Sabtu

Ulun Tokou Times | Semasa

LONDON – Fahaman liberal di United Kingdom (UK) nampaknya sudah semakin berani menetapkan ‘peraturan sendiri’ apabila mencadangkan Muslim di negara itu melaksanakan Solat Jumaat pada Sabtu.

Cadangan pemindahan hari tersebut dijalankan melalui sebuah petisyen ‘Saturday Reformist Jumaah’ yang dipercayai diketuai oleh seorang kolumnis akhbar Malay Mail Online, Farouk A Peru.

Farouk yang juga merupakan salah seorang penulis buku G25, mengatakan alasan pemindahan tersebut dinilai kerana hari Jumaat merupakan hari yang sibuk untuk golongan bekerja di UK.

Pemindahan solat Jumaat kepada hari Sabtu itu juga menurutnya dapat mengurangkan beban golongan pekerja awam dan pekerja swasta.

Bukan setakat itu sahaja, beliau turut meminta orang ramai tidak kira agama ataupun orientasi seksual (golongan LGBT) untuk bersama- sama mengerjakan Solat Jumaat.

Perkara ini membuatkan ramai netizen khususnya di Malaysia menyatakan bantahan dan menolak sepenuhnya cadangan golongan liberal ini yang jelas bertentangan jauh daripada ajaran Islam.

Bagi sesiapa yang kenali Farouk dengan lebih dekat, beliau dianggap pengamal pemikiran bebas di mana menerusi penulisan di dalam buku G25, beliau mempamerkan ‘versi’ Islam yang tidak pernah dilihat dalam keilmuan Islam.

Golongan liberal ini secara ringkasnya merupakan golongan minoriti yang mengambil ideologi yang dikemukakan oleh Barat serta mengagungkannya, bahkan mereka merasakan berada di pihak yang benar dan tidak menyeleweng.

Mereka menganggap Islam ini hanya terbatas pada ibadah sahaja. Bermakna, apabila dilaksanakan rukun islam yang lima, serta rukun iman yang enam, keislamannya sudah cukup.

Bermakna, apabila mengambil ajaran Islam separuh, pada masa yang sama, di satu sudut yang lain pula mengambil liberal sebagai neraca, maka di situlah bermulanya penyelewangan agama. – MYNEWSHUB.CC

Monday, 10 October 2016

Henti spekulasi siasatan SPRM terhadap dua pegawai Jabatan Air - Musa

Ulun Tokou Times | Sabah

MUSA: Berhentilah daripada membuat kenyataan yang tiada kesudahannya dan memberikan pandangan anda mengenai apa yang berlaku. -Gambar fail

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menasihati orang ramai agar berhenti membuat spekulasi terhadap siasatan sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua pegawai Jabatan Air Sabah yang disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa.

"Ini merupakan siasatan yang penting. Biar SPRM jalankan tugas mereka.

"Berhentilah daripada membuat kenyataan yang tiada kesudahannya dan memberikan pandangan anda mengenai apa yang berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Musa berkata kes itu tidak harus dimainkan dalam media kerana ia boleh menjejaskan siasatan.

"Semua pihak yang berkenaan perlu memberikan kerjasama sepenuhnya supaya penyiasatan dapat dijalankan dengan cepat.

"Fokus perlu diberikan terhadap langkah-langkah untuk menambah baik proses perolehan dan sistem penyampaian secara menyeluruh," katanya.

Pada 4 Okt, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Negeri dan merampas RM114 juta daripada mereka susulan didakwa terbabit rasuah. -Bernama
-Astro Awani

Donald Trump ugut akan penjarakan Hillary Clinton jika menang pilihan raya

Ulun Tokou Times | Dunia

Donald Trump dan Hillary Clinton tidak berjabat tangan ketika memulakan pusingan kedua debat presiden di Washington University pada Ahad, 9 Oktober, 2016. - Foto REUTERS

ST LOUIS: Dalam debat pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, Donald Trump mengugut akan mendakwa Hillary Clinton kerana menggunakan e-mel beliau ketika menjadi Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

Calon Parti Republikan itu mengatakan beliau akan memenjarakan dan mengawasi Clinton sekiranya memenangi pilihan raya itu dan dipilih menjadi Presiden AS.

"Sekiranya saya menang, saya akan mengarahkan peguam negara mendapatkan pendakwa khusus untuk melihat kes anda kerana tidak pernah terdapat begitu banyak penipuan dan dusta selama ini," kata Trump.

Memberi reaksi kepada kenyataan itu, calon Parti Demokrat itu dalam responsnya berkata: "Nasib baiklah seseorang yang berperangai seperti Donald Trump tidak dipertanggungjawabkan menjaga undang-undang di negara ini."

Ia membuatkan Trump membalas balik: "Anda akan berada di penjara."
-Astro Awani

Wednesday, 5 October 2016

Rampasan Terbesar RM114.5 Juta di Kota Kinabalu -SPRM

Ulun Tokou Times | Semasa

Sebahagian daripada wang tunai yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


KOTA KINABALU, 5 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas RM114.5 juta daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di sini, yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah, yang merupakan kes terbesar dalam sejarah SPRM.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata rampasan itu dibuat daripada seorang pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi awam itum, selepas mereka ditahan SPRM semalam.

"Hasil siasatan, SPRM merampas RM75 juta daripada pejabat, rumah dan akaun bank kedua-dua suspek tersebut dan keluarga mereka," katanya pada sidang berita mengenai kes itu di sini, hari ini.

Beliau berkata selain wang tunai, SPRM juga merampas 127 geran tanah, sembilan kenderaan mewah, sebanyak 94 beg tangan jenama mewah, jam tangan mewah pelbagai jenama dan barang kemas yang kesemua nilainya belum diketahui.

Susulan penahanan kedua-dua suspek itu, katanya SPRM turut menangkap seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' dan akauntannya yang disyaki mempunyai kaitan dengan mereka.

Beliau berkata penangkapan 'Datuk' dan akauntannya itu membolehkan SPRM menyita kira-kira RM37 juta daripada akaun sebuah syarikat yang disyaki mempunyai kaitan dengan seorang daripada pegawai kanan agensi awam itu.

Azam berkata SPRM turut merampas RM2.5 juta lagi daripada sebuah peti simpanan di sebuah bank milik timbalan pengarah itu.

SPRM akan membuka lima peti besi lagi dalam masa terdekat dengan bantuan pihak bank, katanya.

"Sejak penubuhan badan pencegahan rasuah 49 tahun lalu, kita tidak pernah menyita wang tunai sebanyak ini daripada individu, khususnya penjawat awam.

"Pihak kami percaya mereka juga memiliki wang di beberapa bank di luar negara," katanya.

Beliau berkata pengarah dan timbalan pengarah itu disiasat SPRM kerana disyaki mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak 2010.

"Mereka juga dipercayai memonopoli kesemua projek itu dan diserahkan kepada adik-beradik mereka," katanya sambil memberitahu suspek berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Azam berkata SPRM turut mengenal pasti beberapa individu lagi yang dipercayai bersubahat dengan kesemua suspek dan akan memanggil mereka untuk memberi keterangan tidak lama lagi.

Menurutnya jika ada pihak yang enggan memberi kerjasama, SPRM boleh mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

-- BERNAMA

Monday, 3 October 2016

Helikopter TUDM terhempas di sekolah dalam pendaratan cemas

Ulun Tokou Times | Terkini

Sebuah helikopter milik TUDM terhempas mengenai bangunan sebuah sekolah di Tawau, Sabah. - Astro AWANI

Sebuah helikopter jenis Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung di Tawau pagi ini.

Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus yang menyatakan jumlah penumpang dan kru pesawat, serta keadaan mereka masih belum diketahui.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan Markas Tentera Udara Kementerian Pertahanan, helikopter tersebut yang sedang membuat latihan penerbangan telah membuat pendaratan cemas berhampiran sekolah itu.

"Helikopter yang membawa 14 penumpang berlepas dari pangkalan pada jam 7.35 pagi bagi membuat latihan penerbangan biasa.

"Semua anak kapal dan penumpang helikopter tersebut selamat," katanya.
-Astro Awani

Helikopter terhempas di Tawau

TAWAU: Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di atas bumbung sebuah dewan dalam pembinaan di Balung, di sini, pagi ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Tawau, berkata jumlah mangsa masih belum diketahui setakat ini. – BH Online
Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/helikopter-terhempas-di-tawau/

Gambar-gambar dari WhatsApp Group.

Trip ke Lahad Datu

Ulun Tokou Times | Kehidupanku

Sebenarnya, aku tak ikut ke Lahad Datu ni, sebab rancangan awalnya durang akan jalan hari Sabtu. Yang ke Lahad Datu, wife aku dan family dia, bapa mentua, mama mentua, kak ipar dan tujuan utamanya adalah menghantar adik ipar yang baru posting guru di SMK Sepagaya.

Oleh sebab planning dah tukar, durang jalan hari Isnin, maka aku lah jadi driver durang. Sebab kami jalan ramai-ramai, aku pun driving santai saja. Kalau aku berdua dgn wife, kumpum laju sedikit. Hahaha. 

Van Nissan Urban ni beraircond, jadi aku berhenti saja di tepi jalan kalau nak merokok. Lagipun jalan ramai-ramai satu family ni, kumpum 4-5 kali berhenti terutamanya singgah di tandas. Tapi aku driving santai-santai pun, jam 2 sudah sampai di Lahad Datu bertolak dari rumah jam 5 pagi. Masalah driving santai-santai ni bagi aku mengantuk bha. 

Sampai di Lahad Datu, kami menginap di Kingston Hotel, Centre Point family suite RM258 semalam. Sesuai untuk family, mempunyai 2 bilik tidur, dapur dan peti sejuk. 

Esoknya baru lah berurusan lapor diri adik Ipar di SMK Sepagaya, Lahad Datu. Kemudian baru lah rumah di Taman Aman Jaya. Bila segala urusan selesai baru kami bergerak balik ke kk dalam jam 2.30 petang. Keadaan hujan lebat dari Bandar Lahad Datu, membuat sy terpaksa drive agak perlahan. Area jalan Telupid-Ranau, hujan lebat dan berkabus, kemudian banyak lori-lori treller membuat pperjalanan teramat-teramat perlahan. 

Kami berehat dan singgah makan di Pekan Ranau dalam jam 8 malam. Kemudian bergerak ke KK dalam jam 9.00 malam. Alhamdulillah sampai di Papar dalam jam 11.30 malam. Penat, driving.  

(p/s: aku ni tak tahu lah bila lah ada rezeki kerja tetap ni. Adik ipar ni menunggu dekat 3 tahun baru kena panggil posting. Rasa macam ijazah aku tu mcm perhiasan saja. Huhuhu. Apapun aku tidak meminta tapi mengharap, InsyaAllah moga aku dimurahkan rezeki).    

Bergerak dari Papar jam 5 pagi. 
Kami selfie dulu tempat gerai-gerai jual buah-buahan berlatar belakang Gunung Kinabalu, Pekan Ranau.
Awal Pagi, memang jelas Gunung Kinabalu tu kelihatan. 

Pekan Kundasang
Pekan Telupid
Batu 32, simpang Sandakan
Jambatan Kinabatangan
Kami stay di Sini. Hotel Kingston, Centre Point, Lahad Datu. Untuk Family Suite, yang ada dua bilik, RM258 sehari. Sesuai untuk bercuti bersama keluarga.
Restoran Auliah, masakan India. Boleh lah dan antara yang terbaik dekat-dekat tempat hotel kami stay. Tapi agak mahal sedikitlah.
Pemandangan dari bilik Hotel Kingston, Centre Point, Lahad Datu. 
Gambar kami sekeluarga.
Bangunan Centre Point, Lahad Datu
Bandar Lahad Datu
Ini anak buah wife aku, wawa. 
Hujan lebat dari Pekan Telupid

Banding saiz surau dengan tandas, Datuk Vida tegur hotel enam bintang

Ulun Tokou Sabah | Viral

Vida terkilan apabila kemudahan surau yang sangat daif disediakan hotel itu.

PENGASAS Vida Beauty, Datuk Seri Dr.Hasmizah Othman, meluahkan rasa kesal dengan pengurusan sebuah hotel enam bintang yang dilihat seolah-olah tidak prihatin terhadap pelanggan yang beragama Islam.

Dalam sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram beberapa hari lalu, dia yang lebih popular dengan nama Datuk Vida, membuat perbandingan antara tandas dan surau yang disediakan di hotel terbabit.

Tanpa memperincikan nama hotel dan lokasi, Vida nampak jelas terkilan dengan kemudahan surau yang sangat daif disediakan hotel itu.

Ia sangat berbeza dengan tandas yang kelihatan sangat mewah, bersih dan kemas.

"Surau itu hanya boleh dimasuki tiga orang, tandas pula sekali boleh masuk 100 orang," katanya dalam nada kecewa.

Tinjauan pada bahagian komen mendapati, netizen dilihat berkongsi perasaan yang sama dengan Datuk Vida.

Mereka berpendapat, jika sekalipun pemilik hotel bukan beragama Islam, pihak pengurusan sepatutnya lebih peka dan menyediakan surau yang lebih selesa, sesuai dengan status enam bintang yang diberikan kepada hotel itu.
-Astro Awani

Sunday, 2 October 2016

Pengerusi PKR Sabah keluar parti

Ulun Tokou Times | Politik

Lajim berserta tiga lagi ahli PKR isytihar keluar parti hari ini. - Gambar fail

KOTA KINABALU: Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin bersama seorang lagi pemimpin PKR iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Terence Siambun dan ADUN Likas, Junz Wong sebentar tadi mengisytiharkan keluar parti. 

Turut bersama mereka meninggalkan parti masing-masing ialah Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani dan ADUN Likas, Junz Wong. 

Sementara itu, dua ahli DAP Sabah iaitu Timbalan Pengerusi, Joan Goh dan Naib Pengerusi, George Hiew turut membuat keputusan untuk meninggalkan parti.
-Astro Awani