PETALING JAYA – Dua aktivis propembangkang yang berselindung di sebalik pertubuhan tidak berdaftar Bersih, Maria Chin Abdullah dan Mandeep Singh ditahan pihak polis hari ini.
Menurut portal berita AgendaDaily, tangkapan secara mengejut tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bukit Aman bertempat di pejabat organisasi haram itu di sini petang Jumaat.
Maria Chin merupakan pengerusi Bersih setelah dia mengambil alih jawatan tersebut daripada penyandang bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan.
Selain penahanan mereka berdua, pihak polis juga dipercayai membuat rampasan beberapa barang milik badan itu atau nama penuhnya, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.
Sebelum itu, pasukan polis Bukit Aman turut menyerbu pejabat Bersih kira-kira pukul 3.50 petang. Ia berlaku tidak sampai 24 jam perhimpunan haram Bersih 5 dijadualkan di ibu negara Sabtu.
Serbuan tersebut dijalankan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang dipercayai boleh memudaratkan institusi sistem demokrasi berparlimen.
“Kira-kira 10 anggota polis berada di pejabat kami. Kami turut dimaklumkan mereka mahu rampas sesuatu. Peguam kami sedang menguruskannya,” kata Mandeep. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Ulun Tokou Times
No comments:
Post a Comment