Friday, 18 November 2016

Awie rasmi Restoran Pondok D’Salsabila di Jalan Lumatai B-fort


PENYANYI terkenal Wings, Awie berkenaan merasmikan sebuah restoran yang baharu dibuka Restoran Pondok D’Salsabila di Jalan Lumatai di Beaufort pagi kelmarin.

Restoran yang dimiliki oleh pasangan Syah Rizal@Shahril Haji Basri dan Dayang Rizawani Datu Johan berkata restoran mereka menyediakan pelbagai makanan dan juga perkhidmatan katering untuk memenuhi keperluan para pelanggan terutama di kawasan Beaufort, Membakut dan juga kawasan sekitarnya.

“Kita menyediakan pelbagai jenis makanan untuk sajian para pelanggan dan menu istimewa di restoran kami ialah Nasi Daun Ayam Geprek, Nasi Daun Ikan Keli/Putih Nasi Daun Ikan Terbang,” katanya.

Beliau berkata menu-menu yang disediakan oleh restoran mereka sudah pasti berbeza dengan restoran-restoran lain di samping harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

Shahril juga berharap restoran ini akan mendapat sambutan daripada orang ramai khusunya daripada penduduk sekitar.

Selain itu, restoran itu turut menyediakan kemudahan surau untuk mereka yang beragama islam dengan bagi membolehkan mereka yang singgah di restorannya terutama dari pelancong dari Brunei Darussalam dan Sarawak dapat menunaikan kewajipan.

Berkenaan tentang perasmian restorannya, ianya adalah satu kebetulan untuk menjemput Awie bersama ahli kumpulannya merasmikan restoran mereka apabila penyanyi legenda itu sedang membuat promosi untuk konsertnya yang akan diadakan di Sabah.

“Saya amat berterima kasih kepada Awie dan juga Datuk Isnin kerana kesudian kedua belah pihak untuk datang dan merasmikan restoran D’Salsabila ini,” katanya.

Sementara itu, Awie yang ditemui selepas pelancaran itu turut merakamkan penghargaan kepada Sharil kerana secara tidak langsung telah membantu kumpulan Wings mempromosikan konsert mereka yang bakal diadakan pada 24 Disember ini.

“Tahun ini kembara motosikal jelajah bersama Hawk North Borneo dan Motowing Sosaitie turut mengadakan jelajah ke Labuan selama dua hari dan pagi ini kami berada di Restoran Pondok Salsalbila,” katanya.

Beliau berkata mereka seterusnya akan ke daerah Tenom Keningau, ke Tawau dan beberapa tempat di negeri di bawah bayu ini.

Menurut vokalis kumpulan rock itu, dengan adanya misi jelajah ini akan dapat membantu dalam mencapai sasaran yang dikehendaki.

“Saya berasa terharu dan gembira sekali kerana ramai penyokong yang datang walaupun kunjungan kami ke Beaufort ini hanya sekadar singgah berehat sambil menemui peminat peminat di daerah ini,” katanya.

“Terima kasih kepada peminat-peminat yang sudi datang hari ini dan saya berharap sangat dan ingin melihat lebih 20,000 orang akan hadir pada malam 24 Dismber akan datang pada konsert kaami yang akan diadakan di Stadium Likas nanti.”

Awie turut menambah konsert pertama beliau secara solo ialah pada tahun 1983 dan 1987 dan pada tahun ini Wings akan membuat persembahan bersama-sama Search danXPDC.

Beliau berkata 30 peratus hasil konsert yang diperolehi akan di sumbangkan kepada golongan yang memerlukan seperti golongan orang kurang upaya dan atlet Paralimpik Malaysia yang telah memenangi Sukan Olimpik, All England dan Sukan SEA.

Tambahnya lagi, beliau masih meneruskan aktif dalam bidang lakonan dan terbaharu akan muncul dalam filem animasi ‘Upin Ipin- Jeng, jeng, jeng’ yang akan ditayangkan pada 24 November ini.

“Dalam filem ‘Upin Ipin- Jeng, jeng, jeng’, saya memegang watak sebagai Awie di mana Awie dalam filem tersebut merupakan seorang yang kelakar,” uajrnya.

Turut dihadiri Ketua Umno Bahagian dan isteri Dayang Razawani dan peminat yang lain di hadapan restoran.

www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/11188

Ulun Tokou Times

No comments:

Post a Comment