Friday, 18 November 2016

Maria Chin, Pegawai Bersih Ditahan Bukit Aman


PETALING JAYA – Dua aktivis propembangkang yang berselindung di sebalik pertubuhan tidak berdaftar Bersih, Maria Chin Abdullah dan Mandeep Singh ditahan pihak polis hari ini.

Menurut portal berita AgendaDaily, tangkapan secara mengejut tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bukit Aman bertempat di pejabat organisasi haram itu di sini petang Jumaat.

Maria Chin merupakan pengerusi Bersih setelah dia mengambil alih jawatan tersebut daripada penyandang bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan.

Selain penahanan mereka berdua, pihak polis juga dipercayai membuat rampasan beberapa barang milik badan itu atau nama penuhnya, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.

Sebelum itu, pasukan polis Bukit Aman turut menyerbu pejabat Bersih kira-kira pukul 3.50 petang. Ia berlaku tidak sampai 24 jam perhimpunan haram Bersih 5 dijadualkan di ibu negara Sabtu.

Serbuan tersebut dijalankan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang dipercayai boleh memudaratkan institusi sistem demokrasi berparlimen.

“Kira-kira 10 anggota polis berada di pejabat kami. Kami turut dimaklumkan mereka mahu rampas sesuatu. Peguam kami sedang menguruskannya,” kata Mandeep. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Ulun Tokou Times

Awie rasmi Restoran Pondok D’Salsabila di Jalan Lumatai B-fort


PENYANYI terkenal Wings, Awie berkenaan merasmikan sebuah restoran yang baharu dibuka Restoran Pondok D’Salsabila di Jalan Lumatai di Beaufort pagi kelmarin.

Restoran yang dimiliki oleh pasangan Syah Rizal@Shahril Haji Basri dan Dayang Rizawani Datu Johan berkata restoran mereka menyediakan pelbagai makanan dan juga perkhidmatan katering untuk memenuhi keperluan para pelanggan terutama di kawasan Beaufort, Membakut dan juga kawasan sekitarnya.

“Kita menyediakan pelbagai jenis makanan untuk sajian para pelanggan dan menu istimewa di restoran kami ialah Nasi Daun Ayam Geprek, Nasi Daun Ikan Keli/Putih Nasi Daun Ikan Terbang,” katanya.

Beliau berkata menu-menu yang disediakan oleh restoran mereka sudah pasti berbeza dengan restoran-restoran lain di samping harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

Shahril juga berharap restoran ini akan mendapat sambutan daripada orang ramai khusunya daripada penduduk sekitar.

Selain itu, restoran itu turut menyediakan kemudahan surau untuk mereka yang beragama islam dengan bagi membolehkan mereka yang singgah di restorannya terutama dari pelancong dari Brunei Darussalam dan Sarawak dapat menunaikan kewajipan.

Berkenaan tentang perasmian restorannya, ianya adalah satu kebetulan untuk menjemput Awie bersama ahli kumpulannya merasmikan restoran mereka apabila penyanyi legenda itu sedang membuat promosi untuk konsertnya yang akan diadakan di Sabah.

“Saya amat berterima kasih kepada Awie dan juga Datuk Isnin kerana kesudian kedua belah pihak untuk datang dan merasmikan restoran D’Salsabila ini,” katanya.

Sementara itu, Awie yang ditemui selepas pelancaran itu turut merakamkan penghargaan kepada Sharil kerana secara tidak langsung telah membantu kumpulan Wings mempromosikan konsert mereka yang bakal diadakan pada 24 Disember ini.

“Tahun ini kembara motosikal jelajah bersama Hawk North Borneo dan Motowing Sosaitie turut mengadakan jelajah ke Labuan selama dua hari dan pagi ini kami berada di Restoran Pondok Salsalbila,” katanya.

Beliau berkata mereka seterusnya akan ke daerah Tenom Keningau, ke Tawau dan beberapa tempat di negeri di bawah bayu ini.

Menurut vokalis kumpulan rock itu, dengan adanya misi jelajah ini akan dapat membantu dalam mencapai sasaran yang dikehendaki.

“Saya berasa terharu dan gembira sekali kerana ramai penyokong yang datang walaupun kunjungan kami ke Beaufort ini hanya sekadar singgah berehat sambil menemui peminat peminat di daerah ini,” katanya.

“Terima kasih kepada peminat-peminat yang sudi datang hari ini dan saya berharap sangat dan ingin melihat lebih 20,000 orang akan hadir pada malam 24 Dismber akan datang pada konsert kaami yang akan diadakan di Stadium Likas nanti.”

Awie turut menambah konsert pertama beliau secara solo ialah pada tahun 1983 dan 1987 dan pada tahun ini Wings akan membuat persembahan bersama-sama Search danXPDC.

Beliau berkata 30 peratus hasil konsert yang diperolehi akan di sumbangkan kepada golongan yang memerlukan seperti golongan orang kurang upaya dan atlet Paralimpik Malaysia yang telah memenangi Sukan Olimpik, All England dan Sukan SEA.

Tambahnya lagi, beliau masih meneruskan aktif dalam bidang lakonan dan terbaharu akan muncul dalam filem animasi ‘Upin Ipin- Jeng, jeng, jeng’ yang akan ditayangkan pada 24 November ini.

“Dalam filem ‘Upin Ipin- Jeng, jeng, jeng’, saya memegang watak sebagai Awie di mana Awie dalam filem tersebut merupakan seorang yang kelakar,” uajrnya.

Turut dihadiri Ketua Umno Bahagian dan isteri Dayang Razawani dan peminat yang lain di hadapan restoran.

www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/11188

Ulun Tokou Times

Thursday, 17 November 2016

18 Cara Memikat Hati Suami

1. Akur pada suami
Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami.

2. Berkelakuan baik terhadap suami
Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang 'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.

3. Jangan bebankan suami
Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.

4. Sentiasa bersolek untuk suami
Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.

5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami
Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.

6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami
Ingatkan suami dan berpesan dalam apa jua perkara.

7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami
Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.

8. Jangan membelakangkan suami
Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.

9. Jaga harta suami
Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.

10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami
Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.

11. Solat bersama suami
Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.

12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa
Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.

13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami
Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat.

14. Pandang muka suami bila bercakap
Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.

15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga
Jangan biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.

16. Jangan terlalu kongkong suami
Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.

17. Urut badan suami selepas balik kerja
Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.

18. Jaga makan minum suami
Guna ayat-ayat al-Quran dan bukannya bomoh untuk menambat hati suami. Ingatlah doa adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air setiap kali suami pulang dari kerja.

*Taatilah segala suruhan suamimu selagi tidak melanggar hukum hakam ALLAH

SILAKAN SHARE
Bercinta Selepas Cinta FB

Ulun Tokou Times

WhatsApp Kini Menyertakan Sokongan Panggilan Video


APLIKASI permesejan paling popular dikalangan pengguna telefon pintar iaitu WhatsApp nampaknya akan melancarkan satu lagi ciri baharu khusus untuk pengguna mereka.

Selepas memperkenalkan fungsi ‘bold’ dan ‘italic’, syarikat yang dimiliki oleh Facebook ini dilihat bakal melancarkan perkhimatan panggilan video secara percuma.

Menerusinya, pengguna boleh membuat panggila video kepada rakan-rakan Whatsapp yang lain dengan menekan pada butang ikon panggilan video pada profil mereka.

Dengannya anda boleh menghubung terus kepada kenalan dan boleh bersembang secara terus dalam bentuk video.

Imej pemanggil akan muncul ketika penerima menjawab panggilan, sama seperti ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi Facetime, Skype, dan Facebook Mesengger dan pengguna boleh mengecilkan gambar pemanggil dengan hanya menukarkan posisi video ke arah bawah.

WhatsApp turut dilihat meningkatkan kadar keupayaan sambungan rangkaian yang lemah ketika membuat panggilan, agar kualiti video yang jelas dapat dihasilkan bagi pemanggil dan penerima.

Kemaskini terbaru ini akan diperkenalkan secara berperingkat dan buat masa ini, ia diperkenalkan buat pengguna iOS di Amerika Syarikat.

Berkemungkinan kemaskini terbaru ini akan diperkenalkan dalam masa beberapa minggu lagi. -MYNEWSHUB.CC

Ulun Tokou Times

Tuesday, 15 November 2016

13 Tips Seronok Bersenam

Sesuai dengan projek sihat aku jadi share tips sihat untuk diri sendiri dan sahabat semua dari web kevinzahri.com/health-fitness/13-tips-seronok-bersenam.

Di sini saya ingin kongsikan tips untuk membantu menjadikan masa bersenam dan melakukan workout di gim dengan lebih berkesan dan seronok.

1) Berhenti memberi alasan.

Perkara paling penting untuk menjadi sihat adalah berhenti memberi alasan. Secara tidak sedar, hidup kita sudah banyak dirosakkan dengan 1001 alasan untuk memulakan sesuatu yang sihat. Sebagai contoh jika anda ditanya, bila anda hendak memulakan rutin senaman, pasti terdengar jawapan seperti ‘nantilah’, ‘esoklah’, atau ‘mula minggu depanlah’. Alasan sebegini seolah-olah menipu diri anda sendiri kerana anda tidak berasa bersalah terhadap diri sendiri disebabkan alasan tersebut.

Tetapi tahukah anda bahawa suatu hari nanti anda akan menyesal dengan alasan dan sikap bertangguh-tangguh anda itu? Oleh itu, berhenti memberi alasan, dan mulakan rutin sihat untuk kebaikan yang tidak ternilai di kemudian hari.

2) Fleksibel.

Anda tidak perlu melakukan semua jenis senaman dalam satu-satu masa untuk memperolehi hasil yang cepat. Sekiranya perlu, cuba bahagikannya kepada dua atau lebih banyak sesi untuk sepanjang hari. Dengan itu, ada akan mempunyai masa untuk merehatkan diri sendiri di samping melakukan aktiviti kecergasan.

3) Curi masa.

Jika anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk melakukan senaman disebabkan tuntutan kerja harian, anda bolehlah mencuri masa 20 minit setiap hari untuk bersenam. Itu pun sudah boleh memberi perbezaan yang besar berbanding jika anda tidak melakukannya langsung. Something is always better than nothing!

4) Jadikan rutin.

Kesihatan yang baik adalah keperluan untuk hidup. Dengan memikirkan dan menetapkan bahawa bersenam adalah sesuatu rutin yang penting seperti rutin sihat yang lain, lama kelamaan secara automatik anda ingin melakukan senaman sama seperti rutin anda menggosok gigi. Sehari tak bersenam, gelisah satu badan!

5) Set gol anda.

Apabila anda mula bersenam, memotivasikan diri adalah kunci untuk anda terus bersemnagat melakukannya. Tulis gol atau target anda dan lekatkannya di tempat yang anda mudah lihat seperti cermin di bilik air.

Samada anda ingin mengurangkan kolesterol atau ingin muat dengan seluar jeans size 6 tanpa perlu menahan nafas, mengejar gol dan target anda itu akan membantu anda mencapai impian anda itu.

Anda juga boleh set mini gol atau mini target. Seperti mengurangkan 1.5kg berat badan dalam masa tiga hari melakukan senaman di  gim. Apabila anda mencapai target anda itu walaupun dalam jumlah yang kecil, anda pasti tetap berpuas hati dan tidak sabar-sabar untuk meneruskan untuk sesi senaman pada keesokan harinya.

6) Konsisten.

Anda tahu kenapa hari terakhir anda lakukan senaman sudah pun berbulan-bulan yang lalu? Itu  disebabkan anda tidak konsisten melakukan senaman dan kecergasan badan anda pun sudah keluar dari radar yang sepatutnya.

Untuk menjadi konsisten, anda perlu mencipta jadual senaman anda untuk sekurang-kurang tiga hari dalam seminggu. Dengan cara itu, anda boleh check samada anda patuh atau tidak dengan jadual yang anda sendiri cipta itu. Jika anda patuh dengan jadual anda, anda sendiri akan berpuas hati dan sekiranya tidak, anda tahu yang anda hanya menipu diri anda sendiri.

Anda juga boleh memvariasikan aktiviti dalam jadual anda itu untuk mengelakkan rasa bosan. Contohnya Isnin minggu ini anda buat aktiviti kardio, Isnin minggu depan anda boleh cuba lakukan yoga pula! Mencuba sesuatu yang baru juga boleh menaikkan semangat anda untuk bersenam!

7) Gabungkan aktiviti.

Sesekali mesti anda berasa bosan berlari di atas treadmill. Kalau dah bosan, anda akan mudah berhenti melakukannya. Anda boleh cuba berlari atau berjalan di atas treadmill sambil menonton televisyen ke, berborak di telefon dengan pasangan anda, mendengar lagu kegemaran, atau membaca majalah kesukaan anda!

8) Mulakan dengan perlahan.

Jika anda memulakan rutin senaman dengan terlalu cepat, anda akan mudah hilang semangat dan bosan untuk terus bersenam. Cuba memulakan aktiviti ini secara perlahan-lahan dan terus develop senaman anda dan menambah level dalam senaman anda. Anda akan terasa challenged dengan senaman anda itu dan itu yang akan terus memotivasikan diri anda untuk terus bersenam dan cuba membuat peningkatan dari satu level ke level yang lain.

9) Buat nota.

Tulis senaman harian yang anda lakukan – berapa km anda berlari atau berjalan, berapa kg dumbbell yang anda angkat. Anda akan dapat melihat perkembangan senaman anda sebelum anda nampak hasilnya. Sekiranya anda tidak nampak hasil, anda tahu apa yang anda perlu buat untuk menambah aktiviti senaman anda. Selain itu, anda akan dapat tahu apakah aktiviti yang paling berkesan mengikut keperluan badan anda sendiri!

10) Jangan obses.

Penting bagi setiap orang untuk komited terhadap rutin senaman mereka. Tapi jika anda pergi ke gim untuk berjam-jam setiap hari, dikhuatiri anda mungkin overtraining.

Jika anda bersenam, otot anda mungkin akan terkoyak sedikit. Otot anda akan membina tisu-tisu baru untuk menggantikan otot yang terkoyak. Tetapi itu akan sukar berlaku sekiranya otot anda tidak mempunyai masa yang cukup membinanya kerana anda telah melakukan aktiviti yang lain pula.

Jadi caranya? Berhenti rehat seketika sebelum anda memulakan semula sesi senaman yang anda lakukan. Beri masa kepada otot anda untuk membina semula otot baru. Dengan cara ini, anda boleh bersenam setiap hari dan dalam masa yang sama memberi rehat yang cukup kepada badan anda.

11) Beri hadiah kepada diri sendiri.

Raikan kejayaan anda dengan sesuatu yang sihat!  Sebagai contoh, beli sebuah elliptical baru daripada anda membeli sebuah tv baru! :D

12) Cari seorang kawan.

Bersenam bersendirian memang akan menjadi bosan.Cuba cari seorang kawan yang akan menjadi teman anda bersenam dan membuat anda komited dengan aktiviti kecergasan yang anda lakukan. Anda juga boleh membincangkan perkembangan dan hasil yang anda perolehi sepanjang anda melakukan senaman. Selain itu, anda juga boleh membincangkan apa yang menghalang anda dari menjadi sihat bersama rakan anda. Anda juga boleh merancang aktiviti yang pelbagai bersama rakan anda itu.

13) Have fun!

Tak kira berapa banyak pun strategi yang anda cuba atur, ianya tak akan terhasil jika anda sendiri tidak gembira melakukannya. Mungkin kalau anda bosan melakukan aktiviti senaman yang sama, cuba bersukan pula. Anda juga boleh mencuba cara baru seperti menari, yoga, kickboxing dan pilates!

Sumber: kevinzahri.com/health-fitness/13-tips-seronok-bersenam

Ulun Tokou Times